Loading...

Golongan Dewasa Aktif Seks Perlu Ambil Vaksin

Loading...
Golongan Dewasa Aktif Seks Perlu Ambil Vaksin - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Golongan Dewasa Aktif Seks Perlu Ambil Vaksin, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Golongan Dewasa Aktif Seks Perlu Ambil Vaksin
link : Golongan Dewasa Aktif Seks Perlu Ambil Vaksin

Baca juga


Golongan Dewasa Aktif Seks Perlu Ambil Vaksin

Golongan Dewasa Aktif Seks Perlu Ambil Vaksin

Warga emas juga tidak terkecuali disarankan mengambil vaksin untuk mencegah sebarang penyakit yang boleh menyerang sistem imun badan yang lemah. (Gambar: mims)

Tidak ramai yang tahu bahawa penyakit cegahan vaksin masih mampu memberi ancaman kepada orang dewasa meskipun mereka pernah di vaksin sebelum ini. Lebih membimbangkan, mereka juga boleh menjangkiti anggota keluarga mereka tanpa sengaja terutamanya individu yang berimunisasi rendah.

Justeru, masyarakat perlu didedahkan mengenai vaksinasi sebagai langkah perlindungan termasuk diberikan panduan ringkas terhadap jenis vaksin yang mereka perlukan.

Presiden Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia, Profesor Dr Zamberi Sakawi berkata, ibu bapa dan penjaga kanak-kanak perlu mendapatkan vaksin untuk mencegah mereka daripada menyebarkan penyakit kepada bayi dan kanak-kanak yang masih terlalu kecil untuk diberikan vaksin.

“Kami menyarankan ibu bapa untuk mempertimbangkan vaksinasi sebelum mereka cuba untuk hamil bagi membantu mencegah kecacatan ketika lahir disebabkan oleh penyakit cegahan vaksin.

“Golongan lanjut usia juga dinasihatkan mendapatkan vaksin influenza, pertussis, pneumokokal dan kayap sebagai perlindungan dari penyakit yang menyerang sistem imun yang rendah,” katanya.

Vaksin untuk bakal ibu bapa dan penjaga kanak-kanak termasuk influenza, MMR (demam campak, beguk dan rubella), varisela (cacar air), Tdap (tetanus, difteria dan pertugis) dan polio.

Bagi orang dewasa yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti penyakit paru-paru, kencing manis dan penyakit jantung, pencegahan menerusi vaksin influenza, pneumokokal, hepatitis A dan hepatitis B adalah penting dalam usaha proaktif mengurangkan risiko jangkitan.

“Orang dewasa yang aktif dalam hubungan seksual disarankan mengambil vaksin HPV dan hepatitis B,” katanya pada majlis pelancaran Program Promosi Vaksinasi Khusus Untuk Orang Dewasa ‘Vaxin Check For Adults’.

Tambahnya, bagi mereka yang gemar mengembara, vaksin yang disarankan adalah vaksin influenza, pneumokokol, meningokokol, tifiod, hepatitis A, demam kuning, Japanese ensefalitis, tetanus, difteria, pertussis aselular dan MMR.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qfEyJt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Golongan Dewasa Aktif Seks Perlu Ambil Vaksin

Itulah artikel Golongan Dewasa Aktif Seks Perlu Ambil Vaksin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Golongan Dewasa Aktif Seks Perlu Ambil Vaksin dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/golongan-dewasa-aktif-seks-perlu-ambil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Golongan Dewasa Aktif Seks Perlu Ambil Vaksin"

Catat Ulasan

Loading...