Tajuk : Guru Diperintah Bela Diri Miliki Kertas UPSR Tidak Sah
link : Guru Diperintah Bela Diri Miliki Kertas UPSR Tidak Sah
Guru Diperintah Bela Diri Miliki Kertas UPSR Tidak Sah
PUTRAJAYA – Seorang guru sekolah diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini supaya membela diri terhadap pertuduhan memiliki secara tidak sah kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2014.
Dalam keputusan majoriti 2-1 yang disampaikan hari ini, Hakim Datuk Mohtarudin Baki yang mempengerusikan panel tiga hakim, menolak pembebasan L. Subbarau@ Kamalanathan, 37.
Beliau membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen, yang dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi dalam membebaskan Subbarau, di akhir kes pendakwaan tanpa memanggilnya membela diri.
Hakim Mohtarudin dan Datuk Vernon Ong Lam Kiat membuat keputusan yang berpihak kepada pendakwaan manakala Datuk Harmindar Singh Dhaliwal pula menentang.
Ketika menyampaikan keputusannya itu, Hakim Mohtarudin menegaskan bahawa kuasa untuk mengklasifikasikan kertas peperiksaan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 terletak pada pegawai yang berkenaan.
”Saya dan Vernon mendapati ada merit dalam rayuan ini dan membenarkan rayuan ini serta memerintahkan Subbarau membela diri atas pertuduhan ini,” katanya.
Dalam pada itu, Hakim Mohtarudin, berkata Hakim Harmindar berpendapat bahawa kegagalan pegawai yang berkenaan untuk mengklasifikasikan setiap kertas peperiksaan membawa padah kepada kes pendakwaan.
Beliau menetapkan 16 Jun untuk sebutan kes itu di Mahkamah Sesyen Seremban.
Dalam penghujahannya pada April tahun ini, Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud berhujah bahawa bekas Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Datuk Dr Na’imah Ishak diberi kuasa untuk mengklasifikasikan kertas peperiksaan di bawah OSA tanpa perlu kebenaran menteri pendidikan.
Subbarau didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban dengan lima pertuduhan memiliki secara tidak sah kertas Matematik 035/1 dan Matematik 015/1; Bahasa Tamil-Pemahaman 036 dan Bahasa Tamil-Penulisan 037; serta Sains 081 menerusi sebuah telefon pintar.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 8 malam pada 8 Sept dan 16 Sept 2014, di sebuah rumah di Jalan Bukit Galena 13, Taman Bukit Galena, Fasa 4, Seremban, Negeri Sembilan.
Mahkamah Sesyen membebaskannya tanpa dipanggil membela diri pada 16 April 2015 dan pada 5 Sept tahun lepas, Mahkamah Tinggi mengekalkan pembebasan Subbarau, yang menyebabkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Subbarau kelihatan tenang ketika hakim menyampaikan keputusan.
Dia diwakili peguam M.Kulasegaran dan V. Vemal Arasan manakala Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin mewakili pendakwaan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZmVkm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Guru Diperintah Bela Diri Miliki Kertas UPSR Tidak Sah
Anda sedang baca artikel Guru Diperintah Bela Diri Miliki Kertas UPSR Tidak Sah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/guru-diperintah-bela-diri-miliki-kertas.html
0 Response to "Guru Diperintah Bela Diri Miliki Kertas UPSR Tidak Sah"
Catat Ulasan