Loading...

Hampir 2,500 ‘guru duka lara’ dapat pertukaran

Loading...
Hampir 2,500 ‘guru duka lara’ dapat pertukaran - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hampir 2,500 ‘guru duka lara’ dapat pertukaran, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hampir 2,500 ‘guru duka lara’ dapat pertukaran
link : Hampir 2,500 ‘guru duka lara’ dapat pertukaran

Baca juga


Hampir 2,500 ‘guru duka lara’ dapat pertukaran

 | May 28, 2017
Menteri pendidikan berkata kelulusan itu bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini dengan 1,421 guru ditempatkan di sekolah rendah dan 840 di sekolah menengah seluruh negara.
mahdzir
KUALA NERANG: Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan sebanyak 2,261 permohonan pertukaran kes “guru duka lara” daripada 6,636 keseluruhan permohonan kategori itu.

Mereka akan mula berkhidmat di sekolah baharu bulan depan.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kelulusan itu adalah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini dengan seramai 1,421 guru akan ditempatkan di sekolah rendah dan 840 lagi di sekolah menengah di seluruh negara.

“Kita menerima 20,470 permohonan dalam tempoh itu dan daripada jumlah itu sebanyak 2,825 diluluskan iaitu guru kategori kes ‘guru duka lara’ adalah tertinggi mendapat kelulusan iaitu 2,261 guru iaitu 34.1%,” katanya pada sidang media di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padang Terap hari ini.

Beliau berkata selain kes “guru duka lara”, pertukaran atas alasan tempoh perkhidmatan sebanyak 168 orang, permohonan bersama (166), sakit kronik (37), ancaman keselamatan (15) dan lain-lain (178).
Mahdzir berkata, jumlah kelulusan permohonan penukaran bagi tempoh ini tidak dibuat begitu ramai kerana mengambil kira keadaan guru-guru dan pelajar yang menumpukan proses pengajaran dan pembelajaran.

“KPM ingin menjelaskan pertimbangan kelulusan pertukaran tersebut mengambil kira kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen selain mengambil kira kelas peperiksaan serta opsyen kritikal seperti Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam di sekolah rendah serta Bahasa Melayu di sekolah menengah,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir berkata seramai 1,175 orang guru baharu akan ditempatkan di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pada Julai ini.
Daripada jumlah itu, 746 akan ditempatkan di sekolah rendah dan 429 di sekolah menengah.

Beliau berkata bagi penempatan baharu ini, semua calon diminta akur dengan penempatan mereka kerana dibuat berdasarkan kepentingan perkhidmatan dan jika enggan boleh dianggap menolak tawaran itu.

“Kali ini kita akan keluarkan surat tawaran sekali dengan penempatan, jika mereka enggan dengan tawaran itu, ini bermakna mereka menolak tawaran itu dan terpaksa memohon semula menjadi guru selepas ini,” katanya.
Dalam pada itu, Mahdzir berkata bermula Januari tahun depan semua urusan pertukaran dan penempatan guru akan dilaksanakan secara berpusat atau One Stop Centre di Putrajaya.

“Selepas ini semua urusan pertukaran guru antara negeri hanya akan dilaksanakan di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan KPM sebagai urusetia dan pertukaran di dalam negeri akan diuruskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri masing-masing,” katanya.

Mahdzir berkaa langkah ini diharap dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya di mana tempoh masa yang akan digunakan untuk proses itu dapat disingkatkan, memudahkan rujukan oleh pihak pengurusan KPM dan memudahkan guru berurusan secara setempat.

“Kita berharap apa yang KPM buat ini dapat menyelesaikan banyak masalah khususnya berkaitan ketidakpuasan hati di kalangan guru terutama kes “guru duka lara,” katanya.
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbwLQ3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Hampir 2,500 ‘guru duka lara’ dapat pertukaran

Itulah artikel Hampir 2,500 ‘guru duka lara’ dapat pertukaran Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hampir 2,500 ‘guru duka lara’ dapat pertukaran dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/hampir-2500-guru-duka-lara-dapat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hampir 2,500 ‘guru duka lara’ dapat pertukaran"

Catat Ulasan

Loading...