Loading...

Hanya 13 pemain lapor diri

Loading...
Hanya 13 pemain lapor diri - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hanya 13 pemain lapor diri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hanya 13 pemain lapor diri
link : Hanya 13 pemain lapor diri

Baca juga


Hanya 13 pemain lapor diri



ARKIB : 23/05/2005

PETALING JAYA - Hanya 13 pemain yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan melaporkan diri di Wisma FAM semalam sebagai persiapan menghadapi perlawanan persahabatan dengan Singapura awal bulan depan.

Bilangan itu tampak seperti ramai pemain sudah tidak berminat mewakili negara berbanding 36 pemain yang dipanggil kesemuanya.

Bagaimanapun bilangan yang kecil itu langsung tidak membimbangkan jurulatih negara, Bertalan Bicskei walaupun berdepan masalah mengumpul pemain terbaik pilihannya.

Sebaliknya, pengendali dari Hungary itu begitu ceria terutama ketika menyambut kehadiran Mohd. Nizaruddin Yusoff yang kembali disenaraikannya dalam skuad kebangsaan.

``Jumlah pemain yang melaporkan diri hari ini (semalam) hanya 13 orang tetapi itu tidak bermakna ramai yang menarik diri untuk menjalani latihan pusat.

``Ini kerana saya memberi kelonggaran kepada baki pemain yang lain untuk lewat melaporkan diri,'' ujarnya.

Semalam, kebanyakan pemain yang melaporkan diri adalah dari pasukan Perlis dan Public Bank.

Menurutnya, kebanyakan pemain Liga Perdana seperti dari Terengganu, Negeri Sembilan dan PKNS hanya akan melaporkan diri hari ini kerana masih terbabit dalam perlawanan liga.

Sementara pemain dari Selangor terbabit dalam perlawanan Piala Sultan Selangor menentang Singapura.

``Tujuh pemain dari Pahang pula hanya akan melaporkan diri selepas beraksi da-lam Piala AFC pada 25 Mei ini,'' jelasnya.

Turut dikecualikan daripada melaporkan diri ialah dua pemain dari Kedah yang masih mempunyai perlawanan Liga Perdana yang sebelum ini telah ditunda.

Sementara itu, Bicskei berkata, perlawanan Piala Sultan Selangor semalam memberi kesempatan padanya untuk menilai kekuatan Singapura.

``Saya akan menyaksikan perlawanan itu dari dekat,'' katanya.

Malaysia akan mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan Singapura di negara itu pada 4 Jun sebelum beraksi pula di Pulau Pinang pada 8 Jun

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2s98CHU
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Hanya 13 pemain lapor diri

Itulah artikel Hanya 13 pemain lapor diri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hanya 13 pemain lapor diri dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/hanya-13-pemain-lapor-diri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hanya 13 pemain lapor diri"

Catat Ulasan

Loading...