Tajuk : Hanya Ada Beberapa Minggu Untuk Hidup
link : Hanya Ada Beberapa Minggu Untuk Hidup
Hanya Ada Beberapa Minggu Untuk Hidup
SEOARANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hanya mempunyai tempoh untuk hidup selama beberapa minggu sahaja sekiranya dia gagal mendapatkan rawatan bagi merawat tumor di mata kirinya.
.
Bongre Anton Peter, dari Papua New Guinea, telah menunjukkan tanda-tanda ketumbuhan itu pada Mac 2015, namun doktor tempatan gagal mengesannya.
Sebaliknya dia hanya diberikan ubat titis pada mata dan pil penahan sakit.
Selepas penyakit itu tidak sembuh, ibu bapanya cuba menyembuhkan anak mereka dengan ilmu hitam.
Malangnya ia tidak berkesan dan pada masa sama tumor itu semakin membesar. Keadaannya yang semakin kritikal itu hanya dikesan selepas rakan keluarganya, Michael Williams membantu Bongre dengan membawanya menemui doktor lain.
Malangnya, ketika itu, penyakitnya sudah berada di tahap empat dan Bongre perlu menjalani radioterapi, jika tidak dia hanya ada beberapa minggu sahaja untuk hidup.
Bongre kini dirawat di hospital Port Moresby dan keluarganya sedang mengumpul wang untuk membawanya ke Australia.
“Ibu bapanya cuba menyembuhkan anak mereka dengan ilmu hitam kerana mereka tidak yakin ada ubat lain yang boleh menyembuhkan tumor itu. Mereka telah menghukum Bongre selama hampir setahun.
“Kami kini terdesak untuk mengumpul derma untuk membawanya ke Australia dan sedang mengatur kertas kerja dan visa serta rawatan sesuai yang tidak ada di Papua New Guinea,’’ kata Michael. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGSbp8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Hanya Ada Beberapa Minggu Untuk Hidup
Anda sedang baca artikel Hanya Ada Beberapa Minggu Untuk Hidup dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/hanya-ada-beberapa-minggu-untuk-hidup.html
0 Response to "Hanya Ada Beberapa Minggu Untuk Hidup"
Catat Ulasan