Loading...

Harga Proton dijangka tidak turun

Loading...
Harga Proton dijangka tidak turun - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Harga Proton dijangka tidak turun, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Harga Proton dijangka tidak turun
link : Harga Proton dijangka tidak turun

Baca juga


Harga Proton dijangka tidak turun

Harga Proton dijangka tidak turun
 

PELUANG untuk pembeli menikmati harga kereta Proton lebih murah mungkin tidak akan menjadi kenyataan walaupun syarikat China telah membeli 49.9 peratus pegangan dalam Proton Holdings Bhd.

Bagaimanapun, hasil kerjasama Geely Holding dengan syarikat pengeluar kereta nasional ini bakal menyaksikan kereta Proton mampu meningkatkan jualan apabila menembusi di peringkat antarabangsa sedikit masa lagi.

Demikian Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad memberitahu Sin Chew Daily.

"Buat masa ini, harga kereta Proton boleh dianggap murah, cuma apa yang perlu dilakukan ialah meningkatkan teknologi setanding dengan kereta luar negara," katanya.

Kata Aishah, ramai pihak masih menantikan bagaimana bentuk kerjasama yang dimeterai oleh kedua-dua syarikat ini dalam usaha meningkatkan keupayaan Proton untuk bersaing di peringkat global.

"Apakah Proton mampu mengeluarkan jenis kereta yang berteknologi, murah dan menepati cita rasa ramai. Itulah perkara utama perlu diperhatikan," katanya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, DRB-Hicom menjelaskan, perjanjian tersebut membolehkan Proton memanfaatkan platform meluas dan rangkaian kuasa Geely Holding.

Ia turut membolehkan Proton mempunyai akses ke pasaran sedia ada pengeluar kereta China itu dan pasaran di sebelah rantau Asia Tenggara.


Thus Article Harga Proton dijangka tidak turun

Itulah artikel Harga Proton dijangka tidak turun Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Harga Proton dijangka tidak turun dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/harga-proton-dijangka-tidak-turun_27.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Harga Proton dijangka tidak turun"

Catat Ulasan

Loading...