Loading...

Harimau Malaya dibarisi 'kuda tua'

Loading...
Harimau Malaya dibarisi 'kuda tua' - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Harimau Malaya dibarisi 'kuda tua', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Harimau Malaya dibarisi 'kuda tua'
link : Harimau Malaya dibarisi 'kuda tua'

Baca juga


Harimau Malaya dibarisi 'kuda tua'



Jumaat, 26 Mei 2017 @ 11:17 PM
Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my
 
DATUK Peter Velappan.- Foto Osman Adnan KUALA LUMPUR: Pembabitan ramai pemain senior yang berusia lebih 30 tahun dalam skuad Harimau Malaya menimbulkan persepsi betapa pasukan itu dibarisi 'kuda tua' yang seolah-olah menafikan peluang pemain muda.

 Situasi itu diakui bekas pengendali skuad kebangsaan era 60-an, Datuk Peter Velappan yang melihat skuad kebangsaan terlalu bergantung kepada kelibat pemain yang dianggap sudah melebihi usia kemuncak terutama mereka yang berusia melebihi 30 tahun.

"Pada pandangan saya, 'usia emas' bagi pemain bola sepak adalah dalam lingkungan antara 22 hingga 26 tahun. Jadi jika skuad kebangsaan dibentuk dengan pemain dalam usia sebegini, saya pasti kita dapat menyaksikan perubahan dalam bola sepak negara.

"Namun, berdasarkan situasi semasa, kita mungkin kekurangan pemain muda berbakat atau yang berpotensi untuk diserap dalam skuad kebangsaan. "Oleh itu, keringat pemain berusia tetap ditagih setiap kali panggilan kebangsaan dilakukan. Apapun pada masa sama jika ada pemain berbakat sekalipun, berkemungkinan besar peluang mereka dinafikan kerana pengalaman pemain senior sering menjadi ukuran," katanya kepada BH Sukan, hari ini.

 Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu berkata memang tidak menafikan sumbangan dan pengalaman yang dimiliki kelompok pemain berusia terbabit, tetapi ia perlu diadun bersama keringat pemain muda bagi menghasilkan impak yang positif dalam skuad kebangsaan.

Berdasarkan 25 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan, sembilan daripada mereka berusia melebihi 30 tahun. Mereka ialah Shahrom Kalam, Safee Sali, Amri Yahyah, Safiq Rahim, S Chanturu, Azammuddin Mohd Akil, Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dan S Kunanlan. Lima lagi adalah pemain dalam lingkungan 28 dan 29 tahun manakala 10 daripadanya adalah dalam lingkungan usia antara 22 hingga 26 tahun

SUMBERSelanjutnya di : http://ift.tt/2qtvXXP


Thus Article Harimau Malaya dibarisi 'kuda tua'

Itulah artikel Harimau Malaya dibarisi 'kuda tua' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Harimau Malaya dibarisi 'kuda tua' dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/harimau-malaya-dibarisi-kuda-tua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Harimau Malaya dibarisi 'kuda tua'"

Catat Ulasan

Loading...