Loading...

Hebat!!! Nenek 97 Tahun Celik Internet

Loading...
Hebat!!! Nenek 97 Tahun Celik Internet - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hebat!!! Nenek 97 Tahun Celik Internet, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hebat!!! Nenek 97 Tahun Celik Internet
link : Hebat!!! Nenek 97 Tahun Celik Internet

Baca juga


Hebat!!! Nenek 97 Tahun Celik Internet


SELALUNYA apabila berkata mengenai celik kepada teknologi seperti internet, sudah tentu akan terbayang golongan remaja.

Tetapi seorang nenek dari Vietnam ini berjaya ‘memecahkan’ donimasi itu apabila dikatakan seorang yang celik internet walaupun sudah berusia 97 tahun.

Sekali pandang, mudah untuk kita menganggap Le Thi sebagai seorang wanita tua biasa.

Channel News Asia melaporkan, pada usia 97 tahun, beliau kehilangan semua giginya dan juga menjadi bongkok yang menyekat pergerakan beliau.

Namun, raut wajahnya menjadi ceria apabila ditanya mengenai minatnya terhadap penulisan, lukisan dan pembelajaran.

Bibirnya menguntum senyuman lebar apabila menceritakan kehidupannya sebelum Vietnam merdeka menggunakan Skype dengan cucu lelakinya yang menetap di Moscow dan menulis sebuah buku pada usia 87 tahun.


“Jika terdapat 10 perkara yang saya tidak tahu, saya mahu belajar sebanyak yang boleh,” katanya.

“Saya dahulunya seorang yang buta huruf,” katanya.

Minat beliau yang mendalam inilah yang mungkin membuat Le Thi menjadi nenek paling celik internet di Vietnam.

Beliau membaca berita setiap hari daripada Google dan Yahoo. Beliau juga aktif mengemas kini laman Facebooknya, dan berhubungan dengan keluarga dan rakan melalui Facebook dan Skype.

Le Thi pertama kali belajar menggunakan komputer pada 2007 kerana beliau sedang menulis sebuah buku mengenai hidupnya tetapi mempunyai masalah untuk terus menulis menggunakan pena dan kertas.

“Tangan saya menggigil, dan saya tidak dapat melihat dengan jelas,” katanya.

Masalah yang dihadapinya itu membuat cucu-cucu Le Thi membelikan beliau komputer riba dan mengajarnya untuk menaip.

Tiga tahun kemudian pada 2010, beliau melancarkan autobiografi setebal 600 muka surat berjudul “Upstream”.

Penglibatannya dalam dunia digital menarik perhatian orang ramai sehingga mendapat gelaran ‘Lady Teen’ dan Forever Young’.

“Walaupun saya berumur hampir 100 tahun, jiwa saya seperti berusia 20 tahun,”kata Le Thi sambil tersenyum. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Hebat!!! Nenek 97 Tahun Celik Internet

Itulah artikel Hebat!!! Nenek 97 Tahun Celik Internet Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hebat!!! Nenek 97 Tahun Celik Internet dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/hebat-nenek-97-tahun-celik-internet_29.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hebat!!! Nenek 97 Tahun Celik Internet"

Catat Ulasan

Loading...