Loading...

Hinakah Bekerja Sendiri

Loading...
Hinakah Bekerja Sendiri - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hinakah Bekerja Sendiri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hinakah Bekerja Sendiri
link : Hinakah Bekerja Sendiri

Baca juga


Hinakah Bekerja Sendiri

Hinakah Bekerja Sendiri?

Assalamualaikum. Pertama tamanya, terima kasih admin kalau dapat siarkan cerita aku ni. Kalau tak dapat pun takpe.

Aku tak pernah submit confession apa apa sebelum ni tapi harini terdetik nak luahkan rasa kat hati ini. Aku anne, baru grad tak sampai setahun. Aku tahu betapa susahnya nak cari kerja zaman sekarang ni. Aku cuba banyak kali, pergi interview tapi tuah tak menyebelahi Aku.

makanya untuk mengisi masa kosong aku sementara dapat panggilan kerja, aku buat business sendiri. Business kecik kecik je dari rumah. Alhamdulillah selama aku buat business ni aku dapat support diri sendiri. Kiranya takde nak minta duit dari parents dah. Alhamdulillah pada awalnya parents aku pun banyak tolong dari segi kewangan, bagi modal berniaga. Dengan untung business aku juga aku balas jasa parents aku dan support depa sikit. Beli barang dapur dan macam macam lagi.

Lama lama aku rasa selesa buat business ni sebab pelanggan makin ramai dan dorang pun support fresh grad macam aku ni bukak business Sendiri. Akan tetapi, dalam ramai ramai yang support aku berniaga sendiri ni, dalam diam aku rasa lama kelamaan parents aku dah makin tak support apa yang aku buat.

Kenapa aku cakap macamtu? Haaa. Ni aku nak cerita. Tiap kali parents aku jumpa kawan kawan depa, mesti ada sembang pasal anak anak. Bila ditanya anak you buat apa sekarang? Dah kerja ke. Parents aku akan balas tak kerje, baru habis study. Ye memang aku baru grad tapi aku dah lama habis study dan aku dah lama start business ni. Kau bayangkan, tiap hari aku kerja dari rumah depan mak ayah aku, depa boleh cakap macamtu ibarat aku duduk saja goyang kaki kat rumah.

Sedih weh hati aku. Kalau sorang dua takpe lagi. Ini tak. Tiap kali parents aku jumpa kawan depa tak kira kat kenduri ke kat tepi jalan ke, bila tanya soalan tu, sama ja jawapannya. Bila aku tanya kenapa cakap macamtu, aku cakap mak tahu kan saya ada business sendiri walaupun kecik. Mak aku akan jawab, awak memang tak kerja kan.

Bila mak aku cakap macamtu, aku dah faham dah apa yang mak aku fikir. Dalam kepala mak aku, maksud bekerja ni kena bekerja dengan orang, kena ada gaji tetap, kena keluar dari rumah pergi ke tempat kerja. mungkin dia malu nak cakap aku kerja sendiri. Kalau business macam aku ni ibaratnya macam hobi agaknya, sekadar nak isi masa lapang.

Ya aku faham parents aku dua dua kerja kerajaan. Ya aku faham parents aku nak aku kerja tetap. mungkin bagi depa, kerja sendiri ni tak dikira bekerja. Kerja bagi depa wajib ada slip gaji, wajib ada Majikan. Mungkin depa tak faham konsep kerja sendiri. Ya mungkin business aku kecik, tapi sumpah sedih bila depa macam tak iktiraf apa yang aku buat.

Jadi aku nak tanya, hina ke fresh grad bekerja sendiri? Hina ke orang macam aku tak bekerja dengan orang lain, takde majikan? Salah ke aku cuba nak berdiri atas kaki aku Sendiri?

So aku nak highlight kat sini, terutama pada parents. Please support whatever your children did selagi tak bercanggah dengan agama. Mungkin dia tak dapat nak capai expectation anda nak jadi doctor, nak jadi engineer, nak kerja tinggi tinggi. tapi percayalah your support means a lot to them. Bersyukur lah anak anda ada effort untuk cari pendapatan sendiri. InsyaAllah kalau ada rezeki, akan datang, business kecil kecilan anak anda akan berkembang dengan support anda. Nanti siapa jugak yang akan bangga? parents juga kan?

Aku tau isu ni mungkin kecik di mata sesetengah orang, tapi percayalah, benda ni memang downgrade fresh grads yang cuba nak start business sendiri. ya mungkin rezeki aku bukan bekerja di office, tapi aku percaya, Allah akan bantu sesiapa sahaja yang berusaha. Your support means a lot to us.

Anak yang kecewa

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qqT1SE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Hinakah Bekerja Sendiri

Itulah artikel Hinakah Bekerja Sendiri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hinakah Bekerja Sendiri dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/hinakah-bekerja-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hinakah Bekerja Sendiri"

Catat Ulasan

Loading...