Tajuk : Hukum Sebenar Pakai Telekung Berwarna Ketika Solat
link : Hukum Sebenar Pakai Telekung Berwarna Ketika Solat
Hukum Sebenar Pakai Telekung Berwarna Ketika Solat
Soalan:Apakah hukum memakai telekung berwarna ketika solat?
Ina, Terengganu.
Jawapan UKE:Syarat sah solat ialah menutup aurat. Selagi mana pakaian itu menutup aurat maka sahlah solat itu. Maka hendaklah dipenuhi kriteria yang dikatakan menutup aurat sebab ada yang menutup aurat tetapi tidak kena, sebab ketat atau jarang dan sebagainya.
Masyarakat wanita Islam di Malaysia mengamalkan pemakaian telekung ketika solat dan ini sangat bagus sebab longgarnya, sempurna tutupan auratnya dan memelihara daripada penonjolan bentuk tubuh badan apatah lagi dengan warna putih sebagai lambang bersih dan supaya menjaga mata dan hati agar khusyuk ketika solat.
>
Apabila semua berwarna putih maka diamlah hati daripada berkata-kata tentang telekung orang lain sebab semua telekung adalah sama warnanya.
Itulah hikmah telekung berwarna putih. Namun trend sekarang lebih kepada bercorak warna-warni dan sebagainya.
Hukumnya tetap sah jika terpelihara auratnya tetapi bab warna itu, pastikan telekung yang kita pakai adalah sederhana corak dan warnanya supaya mendatangkan khusyuk kepada semua jemaah dan tidak menimbulkan ujub kepada si pemakai. Itulah yang sebaik-baiknya.
Sumber: Utusan
Sumber: islamituindah
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s7WKpq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Hukum Sebenar Pakai Telekung Berwarna Ketika Solat
Anda sedang baca artikel Hukum Sebenar Pakai Telekung Berwarna Ketika Solat dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/hukum-sebenar-pakai-telekung-berwarna_29.html
0 Response to "Hukum Sebenar Pakai Telekung Berwarna Ketika Solat"
Catat Ulasan