Loading...

Husam cadang Mahathir calon PM

Loading...
Husam cadang Mahathir calon PM - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Husam cadang Mahathir calon PM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Husam cadang Mahathir calon PM
link : Husam cadang Mahathir calon PM

Baca juga


Husam cadang Mahathir calon PM

ZIKRI ABDULLAH

Husam Musa di majlis Temu Mata dengan anak Kelantan di perantauan di Bandar MelawatiHusam Musa di majlis Temu Mata dengan anak Kelantan di perantauan di Bandar Melawati

Naib presiden Amanah, Datuk Husam Musa merayu rakan-rakan dalam Pakatan Harapan menerima Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau yang menggelar Tun sebagai "re-born Mahathir" berharap semua pihak mengambil kira mengenai kesungguhan Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia.

"Beliau bukan lagi Mahathir yang dulu tetapi seorang yang baru dan sanggup bersama rakyat untuk selamatkan Malaysia dari dirosakkan Datuk Seri Najib dan Umno," katanya di majlis forum sempena program Temu mata dan dialog anak kelantan di perantauan di pusat bandar Melawati, hari ini.

Tekun mengikuti ucapan...Tekun mengikuti ucapan...
 
Bagi mendapat keyakinan rakyat katanya, seorang tokoh yang berpengalaman dan jelas diterima perlu dikemukakan supaya tiada sebarang pertikaian.

"Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dalam penjara dan jika sesiapa pun dinamakan sebagai calon akan ada pihak yang tidak puas hati.

"Alasan bahawa tokoh baru sukar diterima semua dan tiada pengalaman boleh menyebabkan hasrat rakyat mendapat kerajaan baru tidak kesampaian," katanya.

Walaupun sedar ada pihak yang terus menerus mengungkit sejarah lama Mahathir, beliau berkata perkara itu boleh diperbetulkan.

"Macam orang Pas yang terus mengecam Tun seperti mengeksploitasi komen beliau mengenai perbezaan pendapat beliau dengan arwah Tok Guru Nik Aziz, ini semua boleh diperbaiki.

"Beliau cuma bawa cerita lama dan bukan fitnah Tok Guru.

"Perkara macam ni boleh dibetulkan dan Insya-Allah saya akan bertemu beliau minta berhati-hati bila komen hal Tok Guru kerana orang Pas akan jadikan fitnah," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terkejut berkenaan tuduhan Pas Kelantan yang membawa cerita kononnya Amanah Kelantan membayar RM350 kepada mereka yang menyertai parti itu.

"Perkara ini terang-terang satu fitnah dan saya menafikan perkara ini berlaku.

"Sehingga ini Amanah terutama di Kelantan amat terhad dari segi kewangan malah untuk bayar perkara asas seperti sewa pejabat dan gaji petugas tetap pun terpaksa kutip derma.

"Saya percaya orang ramai khasnya mereka yang telah menyertai Amanah tentu boleh memberi penjelasan sendiri perkara ini," katanya.

Menurutnya Amanah dalam usaha berkempen dan amat memerlukan sumbangan kewangan.
"Kalau ada wang kita boleh menyediakan kemudahan terkini seperti "LED truck".

"Memang kita berharap mereka yang mampu terus menerus menderma kepada parti kita bersama ini," katanya.

Anak Kelantan di Lembah Kelang berhimpun bagi mendengar pengkongsian daripada HusamAnak Kelantan di Lembah Kelang berhimpun bagi mendengar pengkongsian daripada Husam


Thus Article Husam cadang Mahathir calon PM

Itulah artikel Husam cadang Mahathir calon PM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Husam cadang Mahathir calon PM dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/husam-cadang-mahathir-calon-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Husam cadang Mahathir calon PM"

Catat Ulasan

Loading...