Loading...

Ibrahim, Bicskei meradang

Loading...
Ibrahim, Bicskei meradang - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ibrahim, Bicskei meradang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ibrahim, Bicskei meradang
link : Ibrahim, Bicskei meradang

Baca juga


Ibrahim, Bicskei meradang



ARKIB : 05/03/2005
Oleh: A. JAILANI ABDULLAH

PETALING JAYA - Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad dan Bertalan Bicskei melahirkan rasa hampa dan membidas pasukan-pasukan bola sepak negeri yang enggan melepaskan pemain-pemain terbaik mereka untuk menggalas tugasan negara di Sukan Perpaduan Islam.

Dr. Ibrahim, yang begitu kesal dengan sikap pasukan-pasukan itu, melepaskan rasa marahnya dalam sidang akhbar di Wisma FAM semalam.

``Jika orang menganggap tugasan negeri lebih penting daripada tanggungjawab kepada negara, apa yang boleh saya katakan,'' katanya dengan nada menyindir.

Ketua jurulatih, Bicskei pula berkata, bola sepak Malaysia hanya boleh maju sekiranya individu-individu yang dimaksudkan itu tidak terbabit dalam senario bola sepak negara.

``Bola sepak Malaysia tidak boleh mencapai taraf antarabangsa disebabkan oleh orang-orang ini... bukan disebabkan oleh pemain-pemain.

``(Bola sepak Malaysia) hanya boleh meningkat maju jika orang-orang ini meninggalkan bola sepak Malaysia. Saya orang luar, tetapi saya rasa malu dengan keadaan ini,'' kata jurulatih dari Hungary itu.

Sebelum itu Bicskei memberi contoh bagaimana beliau telah dijanjikan sokongan dari pasukan juara Piala FA, Perak.

``Saya terjumpa Datuk Jamal (Nasir Rasdi, pengurus pasukan Perak dan naib presiden FAM) dalam penerbangan kami balik dari Sabah. Beliau telah menyatakan sokongan penuh kepada skuad kebangsaan, tetapi apabila saya minta tiga pemain mereka, hanya Mohd. Nor (Ismail) yang dilepaskan,'' katanya.

Dua lagi pemain Perak yang dipanggil oleh Bicskei untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan ialah K. Nantha Kumar dan Chan Wing Hoong. Perak enggan melepaskan mereka dengan alasan pemain-pemain itu diperlukan untuk kejohanan Piala AFC, bermula 9 Mac.

``Berhenti daripada mengharapkan keputusan yang baik jika saya tidak mendapat pemain-pemain terbaik,'' kata Bicskei.

Bicskei meminta 11 pemain dari Perak dan Pahang tetapi hanya mendapat Mohd. Nor dan Fadzli Saari dari Pahang manakala yang lain enggan diberi pelepasan oleh kedua-dua pasukan itu.

``Saya tidak faham kenapa mereka tidak boleh dilepaskan kerana perlawanan pertama kita ialah pada 9 April dan kalau ke final ialah pada 20 April,'' katanya.

Piala AFC pula melibatkan dua perlawanan iaitu pada 6 April dan perlawanan ulangan pada 20 April.

Sebanyak 41 pemain berada dalam senarai awal Bicskei untuk latihan skuad kebangsaan ke Sukan Perpaduan Islam di Jeddah, Arab Saudi pada 8-20 April.

Bagaimanapun, perkembangan terkini menyaksikan hanya 35 pemain berada dalam senarai terbaru dengan tambahan lima lagi dipanggil iaitu penjaga gol, Mohd. Syamsuri Mustafa dari Terengganu, Lim Chan Yew (Public Bank), Fadzli Saari (Pahang), Mohd. Nor Ismail (Perak) dan Mohd. Faizal Esahar (Pulau Pinang).

Dr. Ibrahim selanjutnya berkata apa yang dilakukan oleh pihak-pihak tersebut tidak membantu perkembangan bola sepak negara.

``Kita faham bola sepak kita sedang mengalami masalah, tetapi kita sepatutnya membantu. Seperti orang yang sakit, kita sepatutnya memberi ubat dan sokongan semangat...bukan menambahkan lagi masalah dan kemudian mengkritik,'' bidas Dr. Ibrahim.

Ditanya mengapa FAM tidak bertegas dengan mengarahkan pasukan-pasukan tersebut melepaskan pemain-pemain yang diminta, Dr. Ibrahim berkata FAM tidak mempunyai peraturan yang boleh digunakan untuk memaksa mereka.

``Tetapi jika pemain-pemain yang dipanggil memberitahu bahawa sakit dan doktor mengesahkan dia tidak boleh bermain selama lima minggu, maka FAM akan memastikan bahawa pemain itu tidak bermain untuk pasukan negeri atau kelab mereka selama mana yang dikatakan oleh doktor,'' katanya.

``Masalah sekarang ialah pasukan negeri enggan melepaskan pemain-pemain mereka. Kalau (sekarang) mereka lepaskan pun, Bicskei berpendapat bahawa pemain-pemain itu tidak akan memberikan komitmen 100 peratus dalam latihan dan akhirnya akan terpaksa digugurkan juga,'' kata Dr. Ibrahim lagi.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2qj2YWA
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Ibrahim, Bicskei meradang

Itulah artikel Ibrahim, Bicskei meradang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ibrahim, Bicskei meradang dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/ibrahim-bicskei-meradang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ibrahim, Bicskei meradang"

Catat Ulasan

Loading...