Loading...

Ibu Pijak Anak Di Tempat Awam Kerana Ludah Hotdog

Loading...
Ibu Pijak Anak Di Tempat Awam Kerana Ludah Hotdog - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ibu Pijak Anak Di Tempat Awam Kerana Ludah Hotdog, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ibu Pijak Anak Di Tempat Awam Kerana Ludah Hotdog
link : Ibu Pijak Anak Di Tempat Awam Kerana Ludah Hotdog

Baca juga


Ibu Pijak Anak Di Tempat Awam Kerana Ludah Hotdog


HANGZHOU, CHINA - Video seorang ibu memijak anak perempuannya berusia dua tahun di tempat awam pada 9 Mei lalu, mengundang kemarahan orang ramai dan 100 laporan polis telah dibuat terhadapnya. 

Bagaimanapun, Huang Xiao Xiao, 36, tampil memberi penjelasan mengapa dia berbuat demikian dalam kejadian yang berlaku di daerah Xiaoshan, wilayah Zhejiang. 

Huang berkata, dia kecewa selepas gagal mendapatkan pekerjaan pada hari kejadian itu. 

Dengan baki wang 20 yuan (RM12), dia membelikan sosej untuk anaknya. Namun anaknya kemudian meludah kembali makanan itu, mungkin kerana panas atau tidak suka dengan rasanya.

Berang dengan tindakan anaknya itu, Huang kemudian menolak dan memijak anaknya di khalayak ramai. 

Difahamkan, ibu tunggal dari Hunan itu tinggal di jalanan bersama anak perempuannya selepas mereka berpindah keluar dari rumah ibu bapanya.

Bertambah malang, Huang gagal mendapatkan pekerjaan kerana majikan enggan mengambilnya bekerja selepas melihat anaknya itu. 

Huang mengaku, dia sering hilang pertimbangan dan adakalanya melepaskan tekanan kepada anaknya, namun sentiasa berasa menyesal selepas melakukannya. 

"Jika ada makanan, saya akan beri makanan kepada anak terlebih dahulu dan saya hanya akan minum air sahaja," katanya.

Berdasarkan video viral tersebut, anak perempuannya meniarap di jalan sambil menangis, sementara ibunya bertikam lidah dengan orang awam yang menegur tindakannya itu. 

Seorang lelaki yang cuba memujuk atau membantu kanak-kanak itu kemudian ditolak oleh wanita terbabit sebelum memijak belakang anaknya. Tindakannya itu menimbul rasa tidak puas hati orang di sekeliling.

Lapor Asia News Network, Huang mempunyai dua orang anak. Semenjak melahirkan anak perempuannya itu, Huang mengalami kemurungan. Keadaan bertambah buruk lagi apabila Huang berpisah dengan suaminya yang juga diberi hak penjagaan untuk anak sulung mereka. 

Menurut pihak polis, organisasi kebajikan akan menghulurkan bantuan terhadap Huang dan anaknya. 

Bekas suami Huang dilaporkan akan memohon hak penjagaan anak perempuannya itu selepas menonton video viral berkenaan. - The Reporter



Thus Article Ibu Pijak Anak Di Tempat Awam Kerana Ludah Hotdog

Itulah artikel Ibu Pijak Anak Di Tempat Awam Kerana Ludah Hotdog Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ibu Pijak Anak Di Tempat Awam Kerana Ludah Hotdog dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/ibu-pijak-anak-di-tempat-awam-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ibu Pijak Anak Di Tempat Awam Kerana Ludah Hotdog"

Catat Ulasan

Loading...