Tajuk : Indeks Komposit PMI Zon Eropah Kekal Di Paras Tertinggi Enam Tahun Lalu Pada Mei
link : Indeks Komposit PMI Zon Eropah Kekal Di Paras Tertinggi Enam Tahun Lalu Pada Mei
Indeks Komposit PMI Zon Eropah Kekal Di Paras Tertinggi Enam Tahun Lalu Pada Mei
Indeks PMI sektor pembuatan Zon Eropah meningkat ke paras 57.0 dari 56.7 pada April. Bacaan kali ini lebih dari jangkaan 56.5 dan merupakan bacaan tertinggi 73 bulan lalu.
Manakala indeks sektor perkhidmatan merosot ke paras terendah dua bulan lalu dari 56.4 kepada 56.2 dan lebih rendah dari jangkaan 56.5.
Indeks komposit secara keseluruhan tidak berubah pada Mei di paras 56.8 yang masih di paras tertinggi enam tahun lalu.
Namun, terdapat peningkatan yang semakin perlahan dalam tempahan sehingga membawa komponen tempahan ini ke paras terendah empat bulan lalu.
Tempahan dalam sektor pembuatan kekal kuku dengan tempahan eksport merekod bacaan tertinggi sejak April 2011.
Terdapat peningkatan dalam tunggakan tempahan yang merupakan peningkatan terbesar sejak enam tahun lalu. Peningkatan dalam tunggakan ini penting yang mencetuskan peningkatan indeks komponen pekerjaan ke paras kedua tertinggi dalam masa enam tahun. Manakala peningkatan komponen pekerjaan dalam sektor pembuatan mencapai paras tertinggi 20 tahun lalu.
Keyakinan di Zon Eropah secara keseluruhan kekal kukuh yang akan mengukuhkan aliran modal masuk yang juga memberi sokongan secara tidak langsung kepada matawang. Sedikit perubahan dalam harga input akan memberi tekanan kepada nada berhati-hati ECB.
Pergerakan dalam kadar gaji akan menjadi lebih penting di mana pasaran buruh yang semakin baik. Oleh itu, mesyuarat ECB pada Jun adalah penting untuk kita melihat panduan terkini ECB.
Matawang Euro kekal kukuh dengan pengukuhan data-data di Zon Eropah. Eur/Usd sebentar tadi berjaya mencapai paras 1.1267.
The post Indeks Komposit PMI Zon Eropah Kekal Di Paras Tertinggi Enam Tahun Lalu Pada Mei appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qf3aB9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Indeks Komposit PMI Zon Eropah Kekal Di Paras Tertinggi Enam Tahun Lalu Pada Mei
Anda sedang baca artikel Indeks Komposit PMI Zon Eropah Kekal Di Paras Tertinggi Enam Tahun Lalu Pada Mei dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/indeks-komposit-pmi-zon-eropah-kekal-di.html
0 Response to "Indeks Komposit PMI Zon Eropah Kekal Di Paras Tertinggi Enam Tahun Lalu Pada Mei"
Catat Ulasan