Loading...

Inspektor disyaki tembak teman wanita berjaya ditangkap

Loading...
Inspektor disyaki tembak teman wanita berjaya ditangkap - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Inspektor disyaki tembak teman wanita berjaya ditangkap, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Inspektor disyaki tembak teman wanita berjaya ditangkap
link : Inspektor disyaki tembak teman wanita berjaya ditangkap

Baca juga


Inspektor disyaki tembak teman wanita berjaya ditangkap

KUALA LUMPUR: Polis Sarawak berjaya menahan salah seorang pegawai berpangkat Inspektor yang menembak mati teman wanitanya kurang enam jam selepas kejadian.

Suspek ditahan berhampiran Pasaraya e-Mart Matang di Kuching kira-kira 9.35 malam Ahad oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sarawak.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansur, pihaknya kini menumpukan aspek siasatan kepada motif suspek berusia 30-an itu berbuat demikian.

"Berikutan penahanan suspek, tumpuan kini diberikan pada proses siasatan, termasuk mengenal pasti motif sebenar pegawai terbabit membunuh mangsa.

"Fokus siasatan bertumpu kepada masalah peribadi antara mangsa dan suspek," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

BACA: Polis Sarawak buru Inspektor disyaki tembak mati teman wanita

Bagaimanapun, Mazlan tidak menyatakan sama ada senjata api digunakan dalam pembunuhan itu dirampas daripada suspek.

Mazlan turut mengesahkan suspek bertugas sebagai Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang tadi, seorang wanita ditemui mati di rumah keluarganya di Kampung Kakai, Serian, dipercayai ditembak teman lelakinya yang juga seorang pegawai polis.

Bagaimanapun difahamkan mangsa, Siti Nadirah Abdullah, 33, dikatakan berkahwin secara rahsia dengan suspek, yang juga seorang pegawai polis di Belaga tahun lalu, namun masih belum dikurniakan anak.

Siasatan awal mendapati suspek memasuki bilik tidur mangsa dan melepaskan satu das tembakan dan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga sejurus menembak mangsa.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q9xQnn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Inspektor disyaki tembak teman wanita berjaya ditangkap

Itulah artikel Inspektor disyaki tembak teman wanita berjaya ditangkap Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Inspektor disyaki tembak teman wanita berjaya ditangkap dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/inspektor-disyaki-tembak-teman-wanita.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Inspektor disyaki tembak teman wanita berjaya ditangkap"

Catat Ulasan

Loading...