Tajuk : Intel Akan Menawarkan Thunderbolt 3 Secara Bebas Royalti – Bakal Integrasi Pada CPU Mereka
link : Intel Akan Menawarkan Thunderbolt 3 Secara Bebas Royalti – Bakal Integrasi Pada CPU Mereka
Intel Akan Menawarkan Thunderbolt 3 Secara Bebas Royalti – Bakal Integrasi Pada CPU Mereka
Intel sedia terkenal dengan pembangunan USB pada 90-an sebelum ini yang memudahkan sambungan peranti ke komputer – selain turut hadir dengan Thunderbolt beberapa tahun lepas. Kini, dalam usaha mempopularkan lagi penggunaan Thunderbolt dikalangan pengeluar peranti dan komputer, Intel hari ini mengumumkan beberapa perubahan pada penawaran mereka.
Intel kini mengumumkan yang mana bermula tahun hadapan, Intel akan menawarkan protokol Thunderbolt kepada industri secara bebas royalti. Dengan perubahan ini, ia dijangka akan meningkatkan penggunaan Thunderbolt oleh pihak ketiga, termasuk pengeluar cip lain untuk mengintegrasikan sokongan untuknya.
Disamping itu, Intel turut mengatakan Thunderbolt 3 akan diintegrasikan pada CPU akan datang, sekaligus membolehkan pengeluar komputer hadir dengan rekaan komputer yang lebih kecil dan nipis – serta menggunakan hanya satu port untuk pelbagai perkara, termasuk untuk mengecas, menghubungkan perkakasan dan sebagainya.
Thunderbolt pada hari ini sedia hadir pada beberapa peranti, dan diintegrasikan melalui penggunaan USB-C. Berbeza dengan USB-C biasa, sekiranya ia menyokong Thunderbolt, maka ia akan menawarkan kelajuan pemindahan data yang lebih pantas, termasuk untuk mengecas peranti dengan laju.
Perubahan ini oleh Intel dijangka akan membuatkan lebih ramai menggunakan Thunderbolt – sekaligus membawa kepada penawaran peranti dan aksesori yang selari dengannya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWgBbi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Intel Akan Menawarkan Thunderbolt 3 Secara Bebas Royalti – Bakal Integrasi Pada CPU Mereka
Anda sedang baca artikel Intel Akan Menawarkan Thunderbolt 3 Secara Bebas Royalti – Bakal Integrasi Pada CPU Mereka dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/intel-akan-menawarkan-thunderbolt-3.html
0 Response to "Intel Akan Menawarkan Thunderbolt 3 Secara Bebas Royalti – Bakal Integrasi Pada CPU Mereka"
Catat Ulasan