Loading...

Isteri minta penjarakan suami: “Makan tidur, makan tidur. Lepas tu pukul saya”

Loading...
Isteri minta penjarakan suami: “Makan tidur, makan tidur. Lepas tu pukul saya” - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isteri minta penjarakan suami: “Makan tidur, makan tidur. Lepas tu pukul saya”, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isteri minta penjarakan suami: “Makan tidur, makan tidur. Lepas tu pukul saya”
link : Isteri minta penjarakan suami: “Makan tidur, makan tidur. Lepas tu pukul saya”

Baca juga


Isteri minta penjarakan suami: “Makan tidur, makan tidur. Lepas tu pukul saya”

“Makan tidur, makan tidur. Lepas tu pukul saya.”

Itu luahan seorang isteri ketika memberi keterangan impak di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Wanita mohon mahkamah penjarakan suami

Dalam keterangannya itu, Wan Nor Hafiza Wan Ahmad, 30, turut memberitahu mahkamah, kejadian pukul tersebut bukan kali pertama dilakukan tertuduh, malah dia sudah sering menjadi mangsa lelaki terbabit.

“Saya seorang sahaja yang bekerja (penyambut tetamu), dia pula curi barang kemas, ambil duit saya. Saya minta dia dihukum penjara dua tahun dan selepas ini minta dia jangan datang cari saya serta anak kami lagi,” katanya.

Majistret, Nik Habri Muhammad kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Mohammad Syahrill Mohammad, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Wan Nor Hafiza di kedua-dua lengan dan mencekik mangsa di sebuah rumah di Jalan Kemboja, Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 8 pagi, 10 April lalu.

Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Mohamad Marzuki Omar, manakala tertuduh diwakili peguam awam.

Kejadian berpunca selepas tertuduh berang apabila mangsa menemui kawan tertuduh untuk bertanyakan barang kemas mangsa yang hilang dalam simpanan.

Barang kemas mangsa dipercayai dicuri oleh tertuduh sendiri dan dijual kepada rakannya. Sejak itu, mangsa sering dipukul tertuduh dan duitnya pula diambil tanpa pengetahuan mangsa.

Nik Habri dalam keputusannya menasihatkan tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan itu supaya mengambil pengajaran dan menginsafi kesalahan yang dilakukan.

“Saya tidak menyebelahi sesiapa, namun menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mangsa. Di rumah kamu boleh jadi hero, tapi tidak di mahkamah saya.

“Perbalahan suami isteri adalah perkara biasa, tetapi apabila sudah sampai ke mahkamah akan menjadi sesuatu yang serius,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Isteri minta penjarakan suami: “Makan tidur, makan tidur. Lepas tu pukul saya”

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qJD90y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Isteri minta penjarakan suami: “Makan tidur, makan tidur. Lepas tu pukul saya”

Itulah artikel Isteri minta penjarakan suami: “Makan tidur, makan tidur. Lepas tu pukul saya” Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isteri minta penjarakan suami: “Makan tidur, makan tidur. Lepas tu pukul saya” dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/isteri-minta-penjarakan-suami-makan_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isteri minta penjarakan suami: “Makan tidur, makan tidur. Lepas tu pukul saya”"

Catat Ulasan

Loading...