Tajuk : 'Itu bukan saya!' [METROTV]
link : 'Itu bukan saya!' [METROTV]
'Itu bukan saya!' [METROTV]
“ITU bukan saya!” tegas bekas anggota Polis Republik Indonesia (POLRI), Rinton Girsang, 36, yang wajahnya tular di Facebook (FB) selepas dikaitkan sebagai suspek yang terkorban dalam tragedi bom di Kampung Melayu, Jakarta Timur, kelmarin.
Rinton didakwa sebagai Ichwan Nurul Salam, 34, seorang daripada dua pengebom nekad yang terkorban dalam kejadian itu kerana wajahnya dikatakan mirip Ichwan.
Rinton berkata, dia mengetahui gambarnya tular di FB menerusi abangnya, kira-kira 4 petang, semalam.
Katanya, dia terkejut dengan berita itu dan segera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kalimantan Barat.
"Dalam status yang tular itu, mereka mendakwa bekas POLRI sebagai suspek utama dengan meletakkan gambar saya kerana dikatakan mirip.
"Saya minta supaya status tular itu dihentikan dan individu bertanggungjawab membersihkan nama saya semula," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi menerusi WhatsApp.
Rinton yang berasal dari Medan, Sumatera Utara bersara awal daripada perkhidmatan iaitu pada 2015 kerana trauma daripada memegang senjata selepas terbabit dalam menumpaskan kes jenayah.
Katanya, dia ketika ini menetap di Pontianak dan masih mencari kerja baru.
Dalam kejadian berkenaan dua pengebom nekad terbunuh, tiga polis maut dan 10 lagi cedera termasuk lima anggota polis.
Selain Ichwan dari Bandung seorang lagi pengebom nekad yang terkorban ialah Solihin, kakitangan pentadbiran di sekolah berasrama Darul Asnor di Poso, Sulawesi Tengah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r0rLvG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article 'Itu bukan saya!' [METROTV]
Anda sedang baca artikel 'Itu bukan saya!' [METROTV] dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/itu-bukan-saya-metrotv.html
0 Response to "'Itu bukan saya!' [METROTV]"
Catat Ulasan