Loading...

Jangan Memandu Jika Berasa Letih Atau Mengantuk

Loading...
Jangan Memandu Jika Berasa Letih Atau Mengantuk - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jangan Memandu Jika Berasa Letih Atau Mengantuk, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jangan Memandu Jika Berasa Letih Atau Mengantuk
link : Jangan Memandu Jika Berasa Letih Atau Mengantuk

Baca juga


Jangan Memandu Jika Berasa Letih Atau Mengantuk

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengingatkan pemandu kenderaan supaya tidak memandu jika berasa letih atau mengantuk bagi mengelakkan kemalangan jalan raya.

“Jangan memandu jika anda berasa penat atau kurang tidur. Keletihan meningkatkan risiko berlaku kemalangan,” kata beliau menerusi catatan dalam Facebook.

“Ia menjadikan kita kurang menyedari mengenai apa yang berlaku di jalan raya dan menjejaskan keupayaan kita untuk bertindak balas dengan pantas dan selamat jika situasi yang berbahaya timbul,” kata beliau.

Sementara itu, pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata jumlah kemalangan membabitkan perjalanan ulang-alik telah meningkatkan hampir 30 peratus dalam masa hanya enam tahun, daripada 22,036 kes pada 2010 kepada 28,579 kes pada 2015.

Kemalangan itu merujuk kepada nahas jalan raya yang berlaku apabila pekerja membuat perjalanan ulang-alik ke dan dari tempat kerja.

Lee, yang juga pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) berkata majikan bertanggungjawab untuk melindungi pekerja mereka dan pengguna jalan rayan yang lain dengan menangani risiko jalan raya.

“Majikan perlu membangunkan dan melaksanakan prosedur keselamatan dan program latihan yang komprehensif untuk membantu pekerja mereka menjadi pemandu dan penunggang yang cekap dan berhemah,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata tali pinggang keledar harus disediakan bagi semua penumpang yang menaiki kenderaan syarikat yang juga harus menjalani pemeriksaan mengikut jadual penyelenggaraan yang sewajarnya.

Lee juga mencadangkan supaya kerajaan memasukkan aspek keselamatan jalan raya dalam sukatan pelajaran untuk membantu menyamai etika dan tingkah laku yang baik di jalan raya di kalangan kanak-kanak.

Pihak berkuasa harus mengenal pasti semua laluan berbahaya di sepanjang jalan persekutuan, negeri dan perbandaran serta mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya.

Beliau juga berkata hukuman penjara mandatori harus dikenakan ke atas mereka yang memandu secara cuai dan menyebabkan kematian orang lain – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r9iWPV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Jangan Memandu Jika Berasa Letih Atau Mengantuk

Itulah artikel Jangan Memandu Jika Berasa Letih Atau Mengantuk Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jangan Memandu Jika Berasa Letih Atau Mengantuk dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/jangan-memandu-jika-berasa-letih-atau.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jangan Memandu Jika Berasa Letih Atau Mengantuk"

Catat Ulasan

Loading...