Loading...

Jika Tidak Mampu Mengheret Mereka Mendekati Masjid, Jangan Pula Menjauhkan

Loading...
Jika Tidak Mampu Mengheret Mereka Mendekati Masjid, Jangan Pula Menjauhkan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jika Tidak Mampu Mengheret Mereka Mendekati Masjid, Jangan Pula Menjauhkan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jika Tidak Mampu Mengheret Mereka Mendekati Masjid, Jangan Pula Menjauhkan
link : Jika Tidak Mampu Mengheret Mereka Mendekati Masjid, Jangan Pula Menjauhkan

Baca juga


Jika Tidak Mampu Mengheret Mereka Mendekati Masjid, Jangan Pula Menjauhkan

Orang kita suka menyindir.

“Asal bulan puasa, kau sampai masjid nak solat terawih. Bulan lain tak nampak batang hidung pun. Apa bulan puasa sahaja laluan ke masjid jadi terang benderang?”

Orang kita suka mengecam.

“Asal datang masjid mesti selfie. Lepas tu muat naik kat muka buku dengan hashtag ‘done terawih’. Kau datang ke masjid nak buat ibadah ke nak menunjuk-nunjuk kat muka buku? Tak ikhlas langsung!”

Orang kita suka memandang serong.

“Duit dah sesaklah tu baru tunjuk muka datang nak berbuka kat masjid. Kalau poket tengah tebal, muka kau hanya nampak kat restoran mewah sahaja.”

Orang kita suka menjadi tuhan.

“Baik tak payah datang masjid solat terawih kalau siang hari kau duduk lagho dengan Facebook dan Instagram. Baik tak payah datang masjid bulan puasa kalau bulan lain aurat pun kau tak tutup.

Baik tak payah datang masjid setakat nak tunjuk alim di bulan Ramadhan sahaja. Sia-sia je semua tu. Hilang semua pahala. Penat je kau dapat.”

Maka masjid yang awalnya mulai meriah dengan anak muda makin lama makin sepi. Makin lama makin dijauhi.

Anak-anak muda yang baru nak mendekat sudah disindir-sindir.

Si pendosa yang baru hendak memula taubat, sudah dipandang serong.

Seorang manusia yang cuba untuk menjadi hamba, dikecam-kecam.

Tawar hati mereka untuk meneruskan. Hancur semangat yang baru sahaja ditanam.

Mereka berbuat jahat dikecam, mereka ingin berubah pun kena kecam juga. Kadang yang menyindir itu kopiahnya tidak lekang dikepala. Kadang yang memandang serong itu, labuh tudungnya.

Jika pun ada perbuatan anak muda itu kurang elok, sapalah dengan lembut. Tegur dengan santun. Bukan dengan sindiran hingga melukakan.

Jika tidak mampu mengheret mereka mendekati masjid, jangan pula menjauhkan. Jangan!

Mohd Fadli Salleh



Sumber Jika Tidak Mampu Mengheret Mereka Mendekati Masjid, Jangan Pula Menjauhkan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6aJvb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Jika Tidak Mampu Mengheret Mereka Mendekati Masjid, Jangan Pula Menjauhkan

Itulah artikel Jika Tidak Mampu Mengheret Mereka Mendekati Masjid, Jangan Pula Menjauhkan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jika Tidak Mampu Mengheret Mereka Mendekati Masjid, Jangan Pula Menjauhkan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/jika-tidak-mampu-mengheret-mereka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jika Tidak Mampu Mengheret Mereka Mendekati Masjid, Jangan Pula Menjauhkan"

Catat Ulasan

Loading...