Loading...

JPN Lancar Hab Percetakan Teragih Mykad Pertama

Loading...
JPN Lancar Hab Percetakan Teragih Mykad Pertama - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk JPN Lancar Hab Percetakan Teragih Mykad Pertama, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : JPN Lancar Hab Percetakan Teragih Mykad Pertama
link : JPN Lancar Hab Percetakan Teragih Mykad Pertama

Baca juga


JPN Lancar Hab Percetakan Teragih Mykad Pertama

TAWAU – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini melancarkan Hab Percetakan Teragih MyKad (Hab DPP) yang pertama seumpamanya di Malaysia, yang membolehkan tempoh serahan MyKad dipendekkan.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Mohd Yazid Ramli berkata dengan adanya Hab DPP itu, tempoh serahan MyKad dapat dipendekkan daripada 10 hari bekerja kepada lima hari bekerja bagi pejabat-pejabat JPN di Semanjung.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, tempoh serahan dipendekkan daripada 30 hari bekerja kepada tujuh hari.

“Tujuan projek ini adalah untuk mempercepat urusan pengeluaran MyKad secara berterusan, dalam tempoh yang singkat dengan perbelanjaan rendah serta memberi impak terbesar dalam urus niaga dan pelanggan JPN,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Projek Perintis Hab DPP di JPN Sabah dilaksanakan pada 14 hingga 18 April lepazs melibatkan sembilan Sub Hab DPP iaitu pejabat JPN di Ranau, Tuaran, Penampang, Inanam, Kuala Penyu, Beaufort, Kota Belud, Pitas dan Kudat.

Projek perintis tiga hari itu menunjukkan tempoh penyerahan kad siap kepada Sub Hab DPP dapat dilaksanakan dalam tempoh tujuh hari.

“Susulan itu, pelaksanaan projek Hab DPP diperluaskan ke seluruh Sabah melibatkan tujuh pejabat DPP iaitu pejabat JPN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau, Sandakan, UTC Keningau, Kota Marudu, Papar, Sipitang dan UTC Kota Kinabalu.

“Pelaksanaan projek Hab DPP juga diperluaskan ke 12 sub pejabat JPN iaitu di Lahad Datu, Kunak, Semporna, Tunku, Tongod, Telupid, Beluran, Kinabatangan, Nabawan, Tambunan, Tenom dan Lawas bermula 15-24 Mei lepas,” katanya.

Mohd Yazid berkata penjimatan tempoh siap MyKad dan peningkatan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan adalah antara 50 hingga 76.7 peratus.

Projek Hab DPP juga memberikan penjimatan kos kepada pembangunan sistem, tenaga kerja dan perkhidmatan Pos Laju kepada JPN, katanya.

Beliau juga berkata pelaksanaan projek itu akan memberi faedah secara berterusan kepada rakyat dan perkhidmatan awam berikutan manfaat penjimatan masa yang diperolehi rakyat mempermudahkan urusan rasmi yang memerlukan pengesahan maklumat diri melalui MyKad. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCtNVp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article JPN Lancar Hab Percetakan Teragih Mykad Pertama

Itulah artikel JPN Lancar Hab Percetakan Teragih Mykad Pertama Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel JPN Lancar Hab Percetakan Teragih Mykad Pertama dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/jpn-lancar-hab-percetakan-teragih-mykad.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "JPN Lancar Hab Percetakan Teragih Mykad Pertama"

Catat Ulasan

Loading...