Loading...

Kadar Zakat Fitrah Kekal Kecuali Johor Diselaras

Loading...
Kadar Zakat Fitrah Kekal Kecuali Johor Diselaras - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kadar Zakat Fitrah Kekal Kecuali Johor Diselaras, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kadar Zakat Fitrah Kekal Kecuali Johor Diselaras
link : Kadar Zakat Fitrah Kekal Kecuali Johor Diselaras

Baca juga


Kadar Zakat Fitrah Kekal Kecuali Johor Diselaras


PUTRAJAYA – Kadar pembayaran zakat fitrah untuk sepanjang Ramadan kali ini di semua negeri di seluruh negara menyaksikan tiada perubahan kecuali Johor yang melaksanakan penyeragaman.

Tinjauan MYNEWSHUB terhadap portal rasmi Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji Malaysia (Jawhar) mendapati, kadar zakat di setiap negeri pada bulan puasa tahun ini kekal dengan ditetapkan sama iaitu RM7 bagi seorang Muslim.

Perlis, Selangor, Terengganu, Sarawak serta Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan; menjadi negeri terakhir mengesahkan secara rasmi kadar zakat pada Ramadan kali ini tetap sama, RM7.

Pihak Jawhar dalam pada itu melaporkan, turut meletakkan nilai adalah kekal RM7 sebagai kadar zakat fitrah tahun ini seperti juga tahun-tahun sebelumnya ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan dan Sabah.

Manakala Negeri Sembilan dan jirannya, Melaka juga menampilkan tiada perbezaan apabila pihak berkuasa agama di negeri masing-masing turut menetapkan kadarnya kekal masing-masing sebanyak RM6.50 dan RM6.70.

Bagaimanapun Johor melakar sejarah apabila Ramadan kali ini memperlihatkan kadarnya diselaraskan kepada RM7 berbanding tahun-tahun terdahulu iaitu RM6 jika makan beras murah dan RM8 untuk beras premium.

Untuk rekod, Terengganu dan Perlis suatu ketika dahulu juga pernah menetapkan sehingga tiga kadar berbeza untuk pembayaran zakat fitrah bergantung kepada jenis beras dimakan sebelum diseragamkan kepada satu kadar.

Sementara itu, Majlis Ugama Islam Singapura dalam satu kenyataan semalam mengisytiharkan kadar zakat fitrah untuk Ramadan tahun ini ialah S$5.10 (RM15.75) bagi kadar biasa dan S$7.00 (RM21.62) bagi kadar lebih tinggi.

Ia meningkat sedikit berbanding S$6.90 (RM21.31) pada Ramadan tahun lalu untuk beras premium tetapi untuk jenis murah, kadarnya tidak berubah kecuali perbandingan pada 2015 apabila ia ditetapkan S$4.90 (RM15.14).

Kadar rasmi tersebut menurut pihak majlis berkenaan adalah berdasarkan kepada pengiraaan purata harga 2.3 kilogram beras mengikut ukuran berat Baghdad yang dimakan oleh masyarakat Islam tempatan.

Sejak tahun 2005, majlis tersebut mula memperkenalkan dua kadar zakat fitrah berbeza iaitu menyertakan kadar lebih tinggi bagi individu Muslim yang berhasrat membayar zakat fitrah engan lebih tinggi daripada kadar biasa.

Ini kerana mereka dikatakan secara lazimnya mungkin lebih berkemampuan dan menggunakan gred beras lebih mahal berbanding individu yang miskin. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqYJs6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Kadar Zakat Fitrah Kekal Kecuali Johor Diselaras

Itulah artikel Kadar Zakat Fitrah Kekal Kecuali Johor Diselaras Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kadar Zakat Fitrah Kekal Kecuali Johor Diselaras dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kadar-zakat-fitrah-kekal-kecuali-johor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kadar Zakat Fitrah Kekal Kecuali Johor Diselaras"

Catat Ulasan

Loading...