Loading...
Tajuk : Kaji kontrak 2 tahun pegawai JASA
link : Kaji kontrak 2 tahun pegawai JASA
Kaji kontrak 2 tahun pegawai JASA
KERAJAAN sedia mengkaji cadangan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan kontrak pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) kepada dua tahun berbanding setahun sebelum ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan juga akan meneliti keperluan elaun bulanan khas RM300 kepada kakitangan kontrak JASA yang berkhidmat lebih 15 tahun tetapi tidak menerima kelayakan bersara.
"Kerajaan amat menghargai sumbangan serta peranan JASA kerana merekalah yang banyak menyumbang kepada kekuatan kerajaan yang memerintah negara ketika ini.
"Justeru, saya menyokong semua cadangan Datuk Dr Mohd Puad (Zarkashi) tetapi tetapi tertakluk kepada kelulusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Konvensyen Kebangsaan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) 2017 bertemakan Ke Arah Memenangi Majoriti 2/3 Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 di di Alor Gajah, malam tadi.
Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk OthmanMuhamad; dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Terdahulu, Mohd Puad dalam ucapannya meminta supaya tempoh kontrak kakitangan agensi itu dinaikkan kepada dua tahun seperti sebelum ini berbanding setahun ketika ini.
Selain itu, beliau turut memohon perhatian kerajaan agarmereka yang berkhidmat secara kontrak lebih 15 tahun menerima elaun khas tetap RM300 sebulan.
Konvensyen Kebangsaan JASA 2017 berlangsung selama tiga hari bermula semalam menghimpunkan seramai 942 orang pegawai JASA yang bertugas di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seluruh negara.-HmetroOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbenYq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kaji kontrak 2 tahun pegawai JASA
Itulah artikel Kaji kontrak 2 tahun pegawai JASA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kaji kontrak 2 tahun pegawai JASA dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kaji-kontrak-2-tahun-pegawai-jasa.html
0 Response to "Kaji kontrak 2 tahun pegawai JASA"
Catat Ulasan