Loading...

Kaka Azraff setia pada satu komitmen

Loading...
Kaka Azraff setia pada satu komitmen - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kaka Azraff setia pada satu komitmen, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kaka Azraff setia pada satu komitmen
link : Kaka Azraff setia pada satu komitmen

Baca juga


Kaka Azraff setia pada satu komitmen

BIARPUN ramai rakan-rakan artis dan selebriti yang kini aktif menceburi bidang perniagaan, penyanyi dan pelakon, Kaka Azraff pula sebaliknya apabila dia pilih terus fokus kerjaya seni sahaja.

Bukan tiada peluang perniagaan, namun pelantun lagu Bukan Hal Aku ini menganggap mungkin belum masanya untuk terlibat dalam bidang yang disifatkannya sebagai cukup mencabar itu.

“Saya seorang yang sangat bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara, tak kiralah apa pun bidangnya.

“Jadi kalau terlibat dengan perniagaan, mesti bagi komitmen penuh sebab tiada istilah main-main dengan pilihan saya buat.

“Mana mungkin saya dapat buat begitu pada masa ini sebab tumpuan utama saya sekarang bidang nyanyian.

“Saya juga sangat terikat dengan aktiviti persembahan dan kerja-kerja studio tak menentu,” katanya jujur.

Bagaimanapun, Kaka tidak menolak jika ada rezekinya dalam perniagaan suatu masa nanti setelah misinya dalam bidang seni tercapai.

“Banyak benda yang kita nak capai dalam kehidupan kita, tapi bukan semua kita boleh dapat. Ada kalanya, kita perlu berkorban sesuatu untuk sesuatu yang lain.

“Saya tak mahu hilang fokus dalam nyanyian hanya kerana sibuk dengan benda lain, sedangkan misi utama saya sebagai penyanyi berjaya.

“Lagipun saya rasa belum lagi mempunyai pencapaian boleh dibanggakan dalam nyanyian dan itu yang saya cuba buat,” katanya.

Kaka kini bakal muncul dengan single, Ada Jalannya iaitu lagu duet bersama Awi Rafael sebagai kesinambungan kerjasama mereka selepas Duo Star.

“Memandangkan ramai suka dengan keserasian kami dalam program Duo Star, apa salahnya kami teruskan dengan single ini.

“Buat masa ini, saya akan sibuk dengan promosi single ini dan sangat berharap ia diterima peminat sebagaimana lagu-lagu duet saya dengan penyanyi lain, sebelum ini,” ujarnya yang mula dikenali menerusi Bawaku Pergi duet bersama Zizan Razak.

Bakal tampil album sulung

Mengakui lebih dikenali menerusi lagu-lagu duet sejak awal pembabitan, Kaka bagaimanapun mahu buktikan dia juga berkebolehan tampil secara solo.

“Saya sebenarnya tak ada masalah pun dilabelkan sebagai penyanyi duet atau solo sebab yang lebih penting adalah kualiti dalam lagu dibawa itu.

“Memang sebelum ini, saya lebih dikenali dengan lagu duet, tapi saya juga tampil solo menerusi lagu Terpulanglah, Terima Kasih.

“Insya-ALLAH jika semuanya lancar, selepas raya nanti saya akan tampil dengan sebuah lagi lagu solo genre moden balad,” jelasnya.

Kaka yang nampak teruja kala berbicara tentang rancangan kerjaya selepas ini turut berkongsi proses pembikinan album sulungnya yang dijangka siap hujung tahun ini.

“Saya akan terus ketengahkan konsep muzik sekarang dalam album sulung  nanti sebab jiwa saya memang ke arah itu selain penerimaan peminat.

“Sekarang saya dan pengurusan sedang kumpul material selain rakam beberapa lagu.

“Melengkapkan album itu, saya akan muatkan beberapa single yang pernah jadi perhatian sebelum ini,” katanya.

Biarpun menyedari pasaran album penuh agak tidak menentu ketika ini, penyanyi kelahiran Klang ini tetap optimis dengan perancangannya itu.

“Segala-gala berbalik kepada rezeki dan sebagai orang seni, kita harus berani cuba sebab menerusi proses itu kita dapat belajar banyak perkara baru.

“Album ini sangat penting buat saya bukan sebab ia album sulung tapi pasport saya sebagai penyanyi profesional,” tegasnya.

Bagi Kaka, melengkapkan perjalanan sebagai penyanyi, apa yang diharapkan adalah lagu-lagunya sentiasa diterima peminat selain penghasilan album baru dan kemuncak dengan konsert.

“Memang kita tak nafikan industri sekarang agak kurang baik dan semua orang perlu bekerja keras.

“Saya melihat cabaran yang datang itu pembakar semangat untuk terus bekerja keras dan paling penting tak akan mensia-siakan peluang,” katanya.

Disebabkan jelas dengan misi itu, Kaka banyak menolak tawaran lakonan.

“Kadang-kadang terdetik juga sayang nak lepaskan tawaran berlakon, tapi saya perlu buat demi fokus nyanyian,” katanya bakal tampil dalam telefilem sempena Ramadan selain menanti tayangan filem, Cinta Paradoks.

The post Kaka Azraff setia pada satu komitmen appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r3xGQB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Kaka Azraff setia pada satu komitmen

Itulah artikel Kaka Azraff setia pada satu komitmen Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kaka Azraff setia pada satu komitmen dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kaka-azraff-setia-pada-satu-komitmen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kaka Azraff setia pada satu komitmen"

Catat Ulasan

Loading...