Loading...

Kakitangan Media, VIP 'Dicekup' SPRM

Loading...
Kakitangan Media, VIP 'Dicekup' SPRM - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kakitangan Media, VIP 'Dicekup' SPRM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kakitangan Media, VIP 'Dicekup' SPRM
link : Kakitangan Media, VIP 'Dicekup' SPRM

Baca juga


Kakitangan Media, VIP 'Dicekup' SPRM



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai agensi media kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan, kononnya mampu menutup kes disiasat agensi terbabit.

Difahamkan, suspek lelaki berusia 54 tahun itu meminta RM70,000 daripada seorang kenamaan (VIP) sebagai habuan untuk menyelesaikan kesnya yang ketika ini disiasat SPRM.

Menurut sumber, pengadu yang juga VIP berkenaan ditahan di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama wang tunai kira-kira RM20,000, kira-kira jam 9.30 malam, semalam.

"Suspek yang bekerja di sebuah agensi media memaklumkan pengadu bahawa dia mempunyai kenalan di SPRM, justeru mampu menyelesaikan kes membabitkan agensi berkenaan.

"Suspek dijangka dibawa ke mahkamah Putrajaya untuk direman hari ini bagi membantu siasatan SPRM mengikut seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009," katanya, hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan pihaknya memandang serius kes berkenaan.

Beliau menegaskan SPRM tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan sedemikian yang boleh menjatuhkan reputasi agensi penguat kuasa berkenaan.

"Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku, malah SPRM sebelum ini telah mengambil tindakan terhadap beberapa individu kerana menggunakan nama agensi untuk mengutip rasuah dan ia adalah perbuatan yang boleh menjejaskan nama baik SPRM," katanya.

Azam menasihatkan orang ramai, khususnya individu yang disiasat SPRM untuk berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan pihak tertentu yang mendakwa kononnya mempunyai 'kabel dalam' bagi menyelesaikan kes.

Katanya, mana-mana pihak yang didatangi individu sedemikian perlu tampil menyalurkan maklumat supaya tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap mereka.-Berita Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qEEe66

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Kakitangan Media, VIP 'Dicekup' SPRM

Itulah artikel Kakitangan Media, VIP 'Dicekup' SPRM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kakitangan Media, VIP 'Dicekup' SPRM dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kakitangan-media-vip-dicekup-sprm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kakitangan Media, VIP 'Dicekup' SPRM"

Catat Ulasan

Loading...