Loading...
Tajuk : Kanak-kanak Tidak Dijemput Dari Sekolah Pulang Ke Rumah dan Mendapat Tahu Dia Dibuang Ibu Bapa
link : Kanak-kanak Tidak Dijemput Dari Sekolah Pulang Ke Rumah dan Mendapat Tahu Dia Dibuang Ibu Bapa
Kanak-kanak Tidak Dijemput Dari Sekolah Pulang Ke Rumah dan Mendapat Tahu Dia Dibuang Ibu Bapa
Memang tak faham dengan ibu bapa yang sampai hati meninggalkan dan membiarkan anak mereka seolah-olah mereka itu satu objek.
Menurut World of Buzz, Xiao Rong tinggal di Zhejiang, China bersama bapanya dan belajar di sebuah tadika di kawasan itu.
Pada 16 Mei lalu, bapa Xiao menghantarnya ke tadika tersebut pada waktu pagi seperti biasa, dan itu adalah kali terakhir dia berjumpa bapanya.
Pada waktu petang, bapanya yang juga sentiasa menepati masa tidak muncul di tadika untuk menjemputnya.
Selepas menunggu selama setengah jam, Xiao mula meraung. Gurunya, Looi cuba hubungi bapanya namun telefon bimbitnya dimatikan. Guru itu malah cuba menghubungi bapanya melalui aplikasi WeChat, namun gagal.
Xiao Rong kemudian dengan tenang memberitahu gurunya,
Bapa saya sudah pulang ke Gui Zhou.”Selepas itu, dia berhenti menangis seolah-olah sudah menerima kenyataan bahawa bapanya telah meninggalkannya.
Guru itu kemudian membuat laporan polis dan menjaga Xiao Rong, buat sementara waktu.
Keesokan harinya, guru lain di tadika itu cuba menghubungi ibu Xiao Rong tetapi respon yang diberi wanita itu sangat mengejutkan.
Bapanya pula berkeras dan berkata jika ibunya tidak pulang ke rumah, dia tidak akan peduli tentang anak lelaki mereka. Dah kenapa dua-dua ni?!
Pada hari ketiga, pihak polis tempatan berjaya mengesan kedua ibu bapa Xiao Rong. Mereka mendapati bahawa keluarga itu mempunyai masalah kekeluargaan. Pihak polis juga mendapati bahawa ibu kanak-kanak itu mendapat pekerjaan di Gui Zhou manakala bapanya pula pulang ke kampung halaman.
Kedua ibu bapanya berjanji mahu datang ke balai polis untuk berdamai dan membawa Xiao pulang. Bagaimanapun, semalam, mereka masih tidak muncul.
Sehingga hari ini, Xiao Rong sudah ditinggalkan selama 8 hari dan apa yang menyedihkan adalah, dia seolah-olah sudah membiasakan diri hidup tanpa kedua orang tuanya.
Kes sebegini sangat menyentuh hati apatah lagi berlaku kepada kanak-kanak yang masih memerlukan kasih sayang serta perhatian ibu bapa.
Moga-moga ibu bapa Xiao selesaikan masalah dan berdamai supaya dia tidak lagi menjadi mangsa keadaan!
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLT7FH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kanak-kanak Tidak Dijemput Dari Sekolah Pulang Ke Rumah dan Mendapat Tahu Dia Dibuang Ibu Bapa
Itulah artikel Kanak-kanak Tidak Dijemput Dari Sekolah Pulang Ke Rumah dan Mendapat Tahu Dia Dibuang Ibu Bapa Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kanak-kanak Tidak Dijemput Dari Sekolah Pulang Ke Rumah dan Mendapat Tahu Dia Dibuang Ibu Bapa dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kanak-kanak-tidak-dijemput-dari-sekolah.html
0 Response to "Kanak-kanak Tidak Dijemput Dari Sekolah Pulang Ke Rumah dan Mendapat Tahu Dia Dibuang Ibu Bapa"
Catat Ulasan