Loading...

KDN panggil ketua pengarang The Star

Loading...
KDN panggil ketua pengarang The Star - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KDN panggil ketua pengarang The Star, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : KDN panggil ketua pengarang The Star
link : KDN panggil ketua pengarang The Star

Baca juga


KDN panggil ketua pengarang The Star

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA TERENGGANU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star susulan kandungan muka depan akhbar itu yang didakwa tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini.
 
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata pihaknya kecewa dengan akhbar tersebut kerana memaparkan gambar umat Islam menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan, namun tajuk muka depannya tertulis 'Malaysia Terrorist Leader'.
 
"Esok (hari ini) kita akan panggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan untuk mendengarkan penjelasan mereka berhubung penyiaran gambar dan tajuk di muka depannya hari ini.
 
"Jika KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan tindakan selanjutnya akan diambil termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab," katanya kepada pemberita di Terengganu hari ini (semalam), lapor Bernama.
 
Alwi berkata tindakan akhbar itu sangat mengecewakan memandangkan KDN telah memanggil pengurusan akhbar terbabit pada 23 Mei lepas untuk memberikan garis panduan mengenai penerbitan yang sepatutnya dikeluarkan.
 
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai garis panduan berkenaan.
 
The Star semalam menyiarkan berita bertajuk 'Malaysia Terrorist Leader' di muka hadapannya, manakala sambungan berita seterusnya di halaman tiga akhbar itu.
 
Di bawah tajuk berita berkenaan, akhbar itu menyiarkan gambar umat Islam sedang mengerjakan solat Tarawih
 
The Star dalam permohonan maaf disiarkan di laman webnya semalam berkata ia adalah amalan biasa bagi akhbar itu menyiarkan gambar solat Tarawih pada hari pertama Ramadan.
 
Katanya, secara kebetulan berita mengenai kumpulan pengganas itu disiarkan pada muka hadapan dan hari yang sama.
 
Halaman depan akhbar itu menerima kritikan ahli politik daripada Umno, PKR, PAS dan Parti Amanah Negara, yang mendakwa ia menyebabkan persepsi negatif terhadap Islam.
 
Selain itu, kumpulan hak Melayu, PERKASA menggesa kewujudan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangani isu melibatkan sensitiviti agama





Thus Article KDN panggil ketua pengarang The Star

Itulah artikel KDN panggil ketua pengarang The Star Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel KDN panggil ketua pengarang The Star dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kdn-panggil-ketua-pengarang-star.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KDN panggil ketua pengarang The Star"

Catat Ulasan

Loading...