Loading...

Kedai Makan Dikenakan Notis, Makanan Disita

Loading...
Kedai Makan Dikenakan Notis, Makanan Disita - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kedai Makan Dikenakan Notis, Makanan Disita, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kedai Makan Dikenakan Notis, Makanan Disita
link : Kedai Makan Dikenakan Notis, Makanan Disita

Baca juga


Kedai Makan Dikenakan Notis, Makanan Disita


KUALA TERENGGANU – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu mengadakan pemeriksaan di sebuah kedai makan yang dikatakan mengenakan caj tidak munasabah kepada pengguna hingga menjadi tular di media sosial.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan Rabu lalu, PPDNKK mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan ntipencatutan 2011 kerana mengenakan caj harga yang tidak munasabah.

Pengarah PPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat berkata, selain notis pihaknya turut menyita tiga jenis lauk iaitu 13 ketul ikan siakap, 10 biji telur rebus dan 52 ketul hati pedal kerana ia gagal pamerkan tanda harga.

“Bagaimanapun pemeriksaan bagi makanan yang dicaj tinggi tidak dapat dijalankan berikutan ia tidak dipamerkan pada hari tersebut,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Minggu lalu seorang pengguna Facebook memuat naik status makanan yang diambil di kedai makan berkenaan dan dikenakan harga yang tidak munasabah.

Dia dicaj sebanyak RM32 bagi sepinggan nasi berlaukkan seekor udang galah, dua potong sotong dan sayur kangkung.

Dia yang terkejut dikenakan caj itu kemudiannya mengambil gambar hidangan berkenaan dan memuat naik di media sosial.

Tindakannya itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada netizan yang mana rata-ratanya mengecam tindakan pemilik kedai makan itu. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Kedai Makan Dikenakan Notis, Makanan Disita

Itulah artikel Kedai Makan Dikenakan Notis, Makanan Disita Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kedai Makan Dikenakan Notis, Makanan Disita dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kedai-makan-dikenakan-notis-makanan_28.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kedai Makan Dikenakan Notis, Makanan Disita"

Catat Ulasan

Loading...