Loading...
Tajuk : Kementerian Luar Anjur Pameran Sejarah Hubungan Diplomatik Negara
link : Kementerian Luar Anjur Pameran Sejarah Hubungan Diplomatik Negara
Kementerian Luar Anjur Pameran Sejarah Hubungan Diplomatik Negara
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menganjurkan pameran sulung Diplomacy@60: Then & Now untuk orang ramai di Muzium Negara.
Pameran dari 8 Mei hingga 15 Julai itu mempamer personaliti yang membantu membentuk polisi luar negara selain tokoh yang mempunyai kaitan dengan kementerian tersebut.
Lebih daripada 300 diplomat menghadiri pameran yang dirasmikan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini.
Dalam ucapannya, beliau berkata diplomasi selalunya dilakukan di belakang tabir.
"Kini masanya cerita kementerian ini diberitahu kepada umum. Apa yang kami lakukan di kementerian selalunya tidak diketahui atau diberitahu kepada orang ramai. Hanya sebahagian kecil populasi sebenarnya tahu apa yang kami lakukan," katanya dan menambah kementerian berada di barisan hadapan demi kepentingan negara dan di barisan hadapan pertahanan.
Anifah berkata diplomasi selain merupakan urusan kerahsiaan, ia juga merupakan perkara paling tidak menarik bagi mereka yang tidak mengikuti isu.
"Jadi bagi memastikan ada sesuatu untuk semua peringkat masyarakat, kami membina ruang pameran yang interakif," tambahnya.
Sebagai tambahan, beliau berkata pameran turut mempamer item yang tidak pernah dipamerkan sebelum ini seperti surat watikah, mel diplomatik dan kargo.
Sebanyak 18 negara menyertai pameran bagi meraikan hubungan diplomatik 60 tahun dengan Malaysia seperti Australia, Belgium, Kemboja, Kanada, Mesir, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Belanda, New Zealand, Pakistan, Sri Lanka, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qe5rxq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kementerian Luar Anjur Pameran Sejarah Hubungan Diplomatik Negara
Itulah artikel Kementerian Luar Anjur Pameran Sejarah Hubungan Diplomatik Negara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kementerian Luar Anjur Pameran Sejarah Hubungan Diplomatik Negara dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kementerian-luar-anjur-pameran-sejarah.html
0 Response to "Kementerian Luar Anjur Pameran Sejarah Hubungan Diplomatik Negara"
Catat Ulasan