Loading...

KENAPA TIADA FILEM TENTANG 13 MEI?

Loading...
KENAPA TIADA FILEM TENTANG 13 MEI? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KENAPA TIADA FILEM TENTANG 13 MEI?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : KENAPA TIADA FILEM TENTANG 13 MEI?
link : KENAPA TIADA FILEM TENTANG 13 MEI?

Baca juga


KENAPA TIADA FILEM TENTANG 13 MEI?

Meskipun sudah menghampiri setengah abad, peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 masih kekal terpahat sebagai detik hitam dalam lipatan sejarah negara.

Namun bagaimana pahit sekalipun sejarah itu terakam, tragedi berdarah itu tetap harus dijadikan iktibar dan pedoman kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Bagi penulis Ku Seman Ku Hussain, persoalan yang wajar dilontarkan kepada penggiat seni tanahair adalah mengapa sehingga kini tiada sebuah filem yang mengisahkan tragedi itu?

“Tragedi 13 Mei telah memasuki usia 48 tahun. Tetapi selama 48 tahun itu juga belum ada sebuah filem atau drama yang mentafsirkan tragedi itu. Kenapa? Adakah birokrat atau karyawan tidak terfikir? Atau adakah ini disebabkan trauma dan prejudis kepada 13 Mei yang tidak kena pada tempatnya?,” soal bekas pengarang Utusan Malaysia itu.

Menurut Ku Seman, sebelum pihak luar memfilemkan tragedi itu, adalah lebih baik penggiat seni tempatan membikin filem berkenaan menurut perspektif sendiri.

“Kalau filem 13 Mei dibuat di luar negara oleh orang, bising-bising pun tidak ada makna lagi.

“Beberapa karyawan kita saya fikir mampu melakukannya. Daripada kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk filem propaganda Umno, apalah sangat dengan filem mengenai 13 Mei?,” Soal Ku Seman menerusi akaun Facebook miliknya.

Malaysiakini bagaimanapun mendapati satu-satunya filem tempatan yang pernah memaparkan insiden 13 Mei adalah filem Tanda Putera yang diarahkan oleh Shuhaimi Baba.

Namun, filem itu lebih banyak berkisar mengenai kisah persahabatan Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman dengan menjadikan peristiwa 13 Mei sebagai latar.

Tanda Putera juga menerima kritikan kerana kandungannya yang dikatakan berat sebelah dan menonjolkan persepsi negatif terhadap pembangkang terutamanya DAP.

‘Parti politik lebih bahaya’

Dalam tulisannya, Ku Seman turut membangkitkan persoalan mengapa pembikinan filem mengenai 13 Mei terlalu sukar sehingga dianggap seperti dosa yang terlalu besar.

“Apakah menjadi dosa yang terlalu besar untuk kita bercakap secara dewasa tentang sejarah lalu? Atau keadaan ini berlaku kerana kita sengaja menakut-nakutkan rakyat bahawa luka lama akan berdarah kembali?

“Kalau kita boleh mengangkat sejarah penentangan terhadap komunis atau penjajah, kenapa 13 Mei tidak boleh?,” soalnya.

Menolak pendapat bahawa filem mengenai 13 Mei akan mencetuskan huru-hura, Ku Seman sebaliknya berpendapat latar sejarah tersebut amat penting bagi menyemai perpaduan kaum.

“Filem boleh memberikan warna yang waras kepada sebuah tragedi yang sangat melukakan sama ada kepada orang Melayu ataupun Cina. Kita kena belajar daripada sejarah yang pahit dan bukannya memadamkannya.

“Adakah takut dianggap perkauman? Sedarkah bahawa perkauman yang dinyalakan oleh parti politik sekarang ini jauh lebih bahaya daripada mengingatkan 13 Mei?,” soalnya.

Oleh itu katanya, tiada sebab kenapa tragedi 13 Mei tidak boleh dilihat secara kreatif dan diberi tafsiran baru yang boleh menjurus ke arah perpaduan.

“Filem harus bercakap kepada khalayak sambil membetulkan persepsi stereotaip bahawa 13 Mei hanya pembunuhan Melayu – Cina.

“Filem mempunyai pengaruh untuk membawa satu tafsiran baru bahawa di suatu sudut dalam tragedi 13 Mei, ada Melayu dan Cina yang sama-sama menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa keganasan. Memfilemkan tragedi 13 Mei bukan memfilemkan sejarah,” katanya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q4GgB2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article KENAPA TIADA FILEM TENTANG 13 MEI?

Itulah artikel KENAPA TIADA FILEM TENTANG 13 MEI? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel KENAPA TIADA FILEM TENTANG 13 MEI? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kenapa-tiada-filem-tentang-13-mei.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KENAPA TIADA FILEM TENTANG 13 MEI?"

Catat Ulasan

Loading...