Tajuk : Kilang Perabot Diserbu Guna Perisian Cetak Rompak
link : Kilang Perabot Diserbu Guna Perisian Cetak Rompak
Kilang Perabot Diserbu Guna Perisian Cetak Rompak
SUNGAI PETANI – Sebuah kilang perabot di Pengkalan Lebai Man dekat sini yang menggunakan perisian cetak rompak, diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), semalam.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Kedah Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan itu dibuat kira-kira 2 petang semalam selepas menerima aduan daripada wakil hak cipta perisian berkenaan.
“Kita mendapat aduan bahawa perisian pengadu telah disalah guna oleh sebuah premis di sini dan hasil siasatan mendapati bahawa syarikat terbabit sudah menggunakan tiga salinan langgaran Auto Cad sejak tiga tahun lepas.
“Tiga lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia lingkungan 30-an turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Pejabat KPDNKK Cawangan Sungai Petani di sini, hari ini.
Tambahnya, dalam serbuan itu, dua unit komputer dianggarkan bernilai RM7,000 dipercayai mengandungi tiga perisian cetak rompak yang dianggarkan bernilai RM45,000, turut dirampas.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987, kerana memiliki apa-apa kegunaan salinan langgaran selain untuk kegunaan domestik dan persendirian.
“Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qmWl0u
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kilang Perabot Diserbu Guna Perisian Cetak Rompak
Anda sedang baca artikel Kilang Perabot Diserbu Guna Perisian Cetak Rompak dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kilang-perabot-diserbu-guna-perisian.html
0 Response to "Kilang Perabot Diserbu Guna Perisian Cetak Rompak"
Catat Ulasan