Loading...
Tajuk : Kit Siang mahu pihak berkuasa bertindak terhadap laman anti-DAP
link : Kit Siang mahu pihak berkuasa bertindak terhadap laman anti-DAP
Kit Siang mahu pihak berkuasa bertindak terhadap laman anti-DAP
Ahli politik veteran itu berkata laman DAP Laknatullah di Facebook masih boleh dikunjungi orang ramai dan bertanya adakah benar dalangnya dilindungi.
Dalam kenyataan hari ini, ahli politik veteran itu mengutuk laman DAP Laknatullah kerana “catatan tidak bertanggungjawab yang membuat ancaman mencedera dan bunuh pada Edry” dan mesej kebencian terhadap DAP.
Beliau juga bertanyakan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mengharamkan laman itu terutamanya sejak catatan terbaharu mencemuh Edry kerana membuat laporan polis terhadap mereka berhubung ancaman bunuh yang diterima.
“Apakah benar dalang laman FB ‘DAP Laknatullah’ dan catatannya dinaungi dan diberi perlindungan yang kuat?” soal Kit Siang, dan menambah sekiranya laman itu bernama “Umno Laknatullah” dan mengeluarkan ancaman terhadap ahli Umno, SKMM akan bertindak menutup laman itu.
Bagaimanapun DAP tidak akan melakukan taktik kotor terhadap musuh politiknya kerana menyebarkan “kebencian, curiga dan permusuhan antara kaum dan agama” mengancam keamanan, keharmonian dan kemajuan, katanya.
Beliau berkata sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersungguh mengenai prinsip keadilan, keseimbangan dan kecemerlangan yang diuar-uarkan kepada dunia, Najib perlu pastikan kerajaannya mengamalkan prinsip yang sama.
“Pilihan raya umum ke-14 pertembungan antara rakyat Malaysia – antara mereka yang mahukan demokrasi menentang mereka yang mahukan kleptokrasi,” kata Kit Siang, dan menyoal adakah rakyat boleh harapkan tindakan pantas pihak berkuasa terhadap laporan polis Edry.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r3GlCr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kit Siang mahu pihak berkuasa bertindak terhadap laman anti-DAP
Itulah artikel Kit Siang mahu pihak berkuasa bertindak terhadap laman anti-DAP Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kit Siang mahu pihak berkuasa bertindak terhadap laman anti-DAP dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kit-siang-mahu-pihak-berkuasa-bertindak.html
0 Response to "Kit Siang mahu pihak berkuasa bertindak terhadap laman anti-DAP"
Catat Ulasan