Loading...
Tajuk : Kongres Perluas Bidang Kuasa Majlis Agama Islam Negeri Bakal Diadakan
link : Kongres Perluas Bidang Kuasa Majlis Agama Islam Negeri Bakal Diadakan
Kongres Perluas Bidang Kuasa Majlis Agama Islam Negeri Bakal Diadakan
KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Melayu (MPM) akan menganjurkan satu siri kongres bertujuan menghasilkan pelan tindakan ke arah memperluas bidang kuasa setiap Majlis Agama Islam negeri dalam membangunkan ekonomi masyarakat Islam setempat, dalam masa terdekat.
Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr Hasan Mad berkata, kongres itu akan mengumpul pakar-pakar berkaitan bagi mendapatkan idea mereka dalam setiap siri kongres yang dirancang diadakan selewat-lewatnya bermula awal Ogos ini, sebelum berakhir pada penghujung tahun.
Beliau berkata, kongres itu merupakan hasil daripada mesyuarat Lembaga Penasihat MPM pada 18 Mei lepas, yang antara lain mengesyorkan agar bidang kuasa Majlis Agama Islam diperluas bukan sekadar mentadbir hal ehwal berkaitan agama Islam sahaja.
"Kita akan berjumpa dengan Majlis Agama Islam negeri dalam masa terdekat bagi membincangkan perincian mengenai kongres dan hal-hal yang perlu dibawa ke kongres ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Hasan menjelaskan hasrat meluaskan bidang tugas Majlis Agama Islam adalah untuk melengkapkan peranannya dalam memajukan masyarakat Islam selaras dengan Program Transformasi Negara yang dilaksanakan kerajaan.
Katanya, pelan tindakan yang diperoleh daripada setiap siri kongres akan diserahkan kepada setiap Majlis Agama Islam negeri.
Tambahnya, Lembaga Penasihat MPM pada mesyuarat yang lepas turut mengesyorkan agar segala aspek berkaitan ekonomi orang Melayu wajar dibangunkan di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam negeri, sekali gus meletakkan Raja sebagai pengawal seliaanya. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rNnDlp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kongres Perluas Bidang Kuasa Majlis Agama Islam Negeri Bakal Diadakan
Itulah artikel Kongres Perluas Bidang Kuasa Majlis Agama Islam Negeri Bakal Diadakan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kongres Perluas Bidang Kuasa Majlis Agama Islam Negeri Bakal Diadakan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kongres-perluas-bidang-kuasa-majlis.html
0 Response to "Kongres Perluas Bidang Kuasa Majlis Agama Islam Negeri Bakal Diadakan"
Catat Ulasan