Loading...

KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000

Loading...
KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000 - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000
link : KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000

Baca juga


KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah merampas 1,051 tong berisi Gas Petroleum Cecair (LPG) seberat 13,040 kilogram di premis penyimpanan serta penjualan LPG di Padang Sena, Jitra, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, Shamsul Nizam Khalil berkata, rampasan dilakukan pukul 10 pagi hasil serbuan tujuh anggota penguatkuasa sebelum menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang mengaku sebagai pengarah di premis berkenaan.

“Kita membuat risikan lima hari lalu dan berjaya merampas semua LPG itu dengan nilai keseluruhan RM108,856,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Shamsul Nizam berkata, tindakan diambil selepas mendapati premis yang mempunyai lesen borong itu memiliki barangan kawalan LPG melebihi had kuantiti yang dibenarkan untuk simpanan semasa hanya 2,500 kilogram dan lesen runcit yang membenarkan 135 kilogram simpanan semasa.

“Daripada 1,051 tong LPG yang dirampas itu, 837 tong berisi gas petroleum cecair seberat 12 kilogram, manakala 214 tong lagi berisi 14 kilogram setiap tong,” katanya.

Berikutan itu, lelaki berkenaan melanggar Peraturan 9 (1) dan 10 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961dan kesalahan di bawah Peraturan 21, peraturan sama dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta bagi perseorangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, KPDNKK negeri akan terus bergiat aktif membanteras kegiatan penyelewengan barangan bersubsidi terutamanya LPG.

“Kita sentiasa mengalu-alukan maklumat dan kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat aktiviti penyelewengan dalam membantu kerajaan menangani ketirisan barangan bersubsidi,” katanya.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi KPDNKK Alor Setar di talian 04-7001800 atau emelkan aduan kepada [email protected] untuk tindakan. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qj0kfm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000

Itulah artikel KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kpdnkk-kedah-rampas-1051-tong-lpg-lebih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KPDNKK Kedah Rampas 1,051 Tong LPG Lebih RM108,000"

Catat Ulasan

Loading...