Loading...

Kuat Menguap Bukan Tanda Pemalas Tapi Sebenarnya Terlalu Pintar

Loading...
Kuat Menguap Bukan Tanda Pemalas Tapi Sebenarnya Terlalu Pintar - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kuat Menguap Bukan Tanda Pemalas Tapi Sebenarnya Terlalu Pintar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kuat Menguap Bukan Tanda Pemalas Tapi Sebenarnya Terlalu Pintar
link : Kuat Menguap Bukan Tanda Pemalas Tapi Sebenarnya Terlalu Pintar

Baca juga


Kuat Menguap Bukan Tanda Pemalas Tapi Sebenarnya Terlalu Pintar


Satu kajian saintifik terbaru mendapati tempoh anda menguap berhubungkait dengan jisim otak anda dan bilangan neuron dalam otak.

Menurut keputusan penyelidikan itu, jika anda mempunyai otak yang lebih besar, maka lebih panjanglah anda menguap.

Manusia menguap paling lama

Kajian yang diterbitkan dalam Biology Letters itu mengkaji video pelbagai spesies menguap. Ini termasuklah cimpanzi, kucing, anjing, gorila, musang, unta, kuda, tikus dan sebagainya. Setiap aktiviti menguap diperhatikan dan diukur tempoh masanya.

Manusia pula mempunyai tempoh menguap yang paling panjang kerana otak kita mempunyai jisim yang paling berat iaitu kira-kira 1.4 kilogram. Selepas manusia, cimpanzi, kuda dan unta mempunyai tempoh menguap yang panjang mengikut turutan. Kuapan terpendek pula adalah milik tikus dan arnab.

Proses penyejukan otak

Andrew Gallup, seorang ahli psikologi dan penyelidik yang bertanggungjawab ke atas kajian ini menerangkan bagaimana menguap membantu menyejukkan otak:

Apabila anda menguap, rahang yang terbuka luas meningkatkan peredaran darah ke tengkorak dengan mengepam darah keluar dari otak.

Pada masa yang sama, menarik nafas dengan dalam memberikan udara segar ke hidung dan rongga oral, sekaligus menyejukkan arteri serebrum melalui proses perolakan.

Kedua-dua proses ini mengeluarkan haba ibarat sebuah radiator yang menyejukkan enjin kereta.

Menguap bukan tanda bosan dan letih

Jadi, kita sebenarnya menguap bukan tanda kita letih atau kebosanan. Secara teknikalnya, jika tubuh dan kawasan tengkorak anda lebih panas daripada biasa, ia akan menguap secara automatik untuk mengeluarkan haba.

Apa yang lebih menarik, menurut Profesor Robert Provine dari University of Maryland, walaupun menguap adalah suatu tabiat biasa manusia seperti bersin dan kentut, ia sering disalahtafsirkan dan sehingga kini masih sukar difahami.

Kita tidak tahu apa sebenarnya punca kita menguap dari segi saintifik. Kalau dari sudut agama tu dah memang ramai yang tahu. Diharap penyelidikan terbaru ini telah memberikan sedikit pencerahan kepada kita semua.

Apa-apa pun, jangan lupa tutup mulut kalau menguap. Nanti syaitan seronok!

Sumber: Iluminasi


Thus Article Kuat Menguap Bukan Tanda Pemalas Tapi Sebenarnya Terlalu Pintar

Itulah artikel Kuat Menguap Bukan Tanda Pemalas Tapi Sebenarnya Terlalu Pintar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kuat Menguap Bukan Tanda Pemalas Tapi Sebenarnya Terlalu Pintar dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/kuat-menguap-bukan-tanda-pemalas-tapi_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kuat Menguap Bukan Tanda Pemalas Tapi Sebenarnya Terlalu Pintar"

Catat Ulasan

Loading...