Tajuk : Lagi Produk Qu Puteh Diharamkan KKM
link : Lagi Produk Qu Puteh Diharamkan KKM
Lagi Produk Qu Puteh Diharamkan KKM
Jenama popular yang menjadi buah mulut ramai Qu Puteh sekali lagi menerima tamparan hebat apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengharamkan satu lagi produknya iaitu Qu Gebu AP krim.
Hal itu diumumkan menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, semalam.
Selain jenama milik jutawan terkenal, Datuk Seri Vida, enam jenama lain turut dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Night Glowing, Night Glow, Glowing Speed Gold Day Cream, Glowing Speed Gold Night Cream, Nour Ain Night Cream dan Royal Expert Whitening Cream.
Menurut Noor Hisham Abdullah, racun-racun berjadual yang dikesan di dalam produk-produk berkenaan adalah merkuri, hydroquinone dan tretinoin.
“Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
“Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
“Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.
“Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan,” tulis kenyataan itu.
Oleh itu, orang awam diminta berhenti segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.<
Manakala, mana-mana individu yang dikesan masih lagi menjual produk-produk yang dinyatakan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.
Terdahulu, Malaysia mengharamkan penjualan Qu Puteh Whitening Pro 9 selepas ujian mendapati krim pemutih ini mengandungi paras merkuri, atau raksa, yang tinggi.- MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqZ9yC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Lagi Produk Qu Puteh Diharamkan KKM
Anda sedang baca artikel Lagi Produk Qu Puteh Diharamkan KKM dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/lagi-produk-qu-puteh-diharamkan-kkm.html
0 Response to "Lagi Produk Qu Puteh Diharamkan KKM"
Catat Ulasan