Loading...

Lapan ketua bahagian PPBM di Perak keluar parti bersama 1,000 pengikut

Loading...
Lapan ketua bahagian PPBM di Perak keluar parti bersama 1,000 pengikut - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lapan ketua bahagian PPBM di Perak keluar parti bersama 1,000 pengikut, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lapan ketua bahagian PPBM di Perak keluar parti bersama 1,000 pengikut
link : Lapan ketua bahagian PPBM di Perak keluar parti bersama 1,000 pengikut

Baca juga


Lapan ketua bahagian PPBM di Perak keluar parti bersama 1,000 pengikut

IPOH: Selepas seminggu menunggu kata putus daripada pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Ketua Penaja Bahagian Ipoh Timur, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar mengumumkan meletakkan jawatan dan keluar parti serta-merta.

Semasa mengumumkan demikian, Azrul Suhadi berkata, keputusan beliau itu turut diikuti oleh lapan ketua bahagian yang lain dan kira-kira 1,000 ahli parti PPBM negeri Perak.

Katanya, beliau dan rakan-rakan yang merupakan penggerak awal PPBM di Perak mengambil keputusan itu kerana amat kecewa dengan Presiden parti itu yang kabur hala tujuannya dan mungkir janji untuk bertanding menentang Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu lebih prihatin dan menjalankan amanah dengan profesional dan jangan terlalu sombong atau ego dengan selalu menggunakan ayat, ‘Ini kuasa saya’," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini pada petang Jumaat.

Sementara itu, Ketua Penyelaras PBBM Bahagian Pasir Salak, Mohamad Hasan berkata sebagai antara ahli terawal menyertai parti itu beliau berasa amat kesal dengan struktur kepimpinan yang seperti tidak mengendahkan kebajikan ahli akar umbi.

Sehubungan dengan itu, beliau dan rakan-rakannya mengingatkan para pemimpin PPBM agar sentiasa bermuhasabah dan tidak menuding jari kepada pihak lain atas kepincangan dan masalah dalaman yang berlaku di dalam parti itu sejak kebelakangan ini.

“Ia seolah-olah peribahasa orang tua-tua dahulu, seperti ketam mengajar anak berjalan; dia menyuruh kami mempunyai martabat dan maruah tetapi dia sendiri tidak ada semua itu, ini apa cerita?” katanya lagi.

Minggu lalu, Exco Srikandi PPBM, Zulaiha Sidiq mengumumkan perletakan jawatan dalam dengan serta merta kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu di peringkat negeri dan pusat.

Tindakan beliau diikuti oleh Ketua Srikandi Penaja Gopeng, Aflatuniah Md Norani yang turut mengumum melepaskan jawatan yang disandangnya.

Kedua-dua mereka mendakwa sudah 'muak' dan hilang minat dengan kemelut yang berlaku dalam parti itu pada ketika ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s3nqak

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Lapan ketua bahagian PPBM di Perak keluar parti bersama 1,000 pengikut

Itulah artikel Lapan ketua bahagian PPBM di Perak keluar parti bersama 1,000 pengikut Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lapan ketua bahagian PPBM di Perak keluar parti bersama 1,000 pengikut dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/lapan-ketua-bahagian-ppbm-di-perak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lapan ketua bahagian PPBM di Perak keluar parti bersama 1,000 pengikut"

Catat Ulasan

Loading...