Loading...

Legenda ‘James Bond’ Meninggal Usia 89 Tahun

Loading...
Legenda ‘James Bond’ Meninggal Usia 89 Tahun - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Legenda ‘James Bond’ Meninggal Usia 89 Tahun, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Legenda ‘James Bond’ Meninggal Usia 89 Tahun
link : Legenda ‘James Bond’ Meninggal Usia 89 Tahun

Baca juga


Legenda ‘James Bond’ Meninggal Usia 89 Tahun


LONDON – Bintang legenda Britain, Sir Roger Moore, yang terkenal dengan wataknya sebagai James Bond dalam sekuel filem perisikan tersebut, meninggal dunia pada usia 89 tahun.

Berita rasmi kematian hero prolifik ‘ejen rahsia 007’ tersebut diumumkan sendiri oleh ahli keluarga mendiang pada lewat Selasa, menurut laporan dipetik oleh agensi berita antarabangsa, Reuters di sini.

Beliau meninggal dunia akibat penyakit barah di Switzerland. Mendiang mula menjadi aktor Bond sehingga terpaksa memotong rambut panjang disimpannya selama ini menerusi Live And Let Die (1973).

Moore kemudian memegang watak itu dalam The Man With The Golden Gun (1974) dan The Spy Who Loved Me (1977), Moonraker (1979), For Your Eyes Only (1981), Octopussy (1983) dan A View To A Kill (1985).

Beliau mengambil alih watak Bond daripada aktor terkenal, Sean Connery pada 1973 dan dianggap pelakon filem paling lama memegang peranan hero pengintip imaginasi tersebut dalam sejarah.


Pemilihan Moore kerana kejayaan menerusi drama perisikan ternama televisyen, The Saint dari 1962 sehingga 1969 sebagai watak Simon Templar yang asalnya diadaptasi daripada novel Leslie Charteris pada 1920-an.

Lahir di Stockwell di sini pada 14 Okotober 1927, beliau merupakan anak tunggal George Alfred Moore, seorang anggota polis dan surirumah, Lillian Pope. Beliau pernah menjadi kapten askar British pada 1946.

Moore yang memiliki rumah di Switzerland, Perancis dan Monaco pernah disahkan menghidap barah kulit serta dirawat beberapa kali selain tidak minum arak kerana didiagnosis mempunyai kencing manis.

Keluarga mendiang yang mengesahkan berita sedih mengenai kematiannya itu melalui akaun sosial Twitter turut mendedahkan bahawa Moore meninggal dunia selepas “bertarung dengan kanser”.

Menurut anak-anaknya, bapa mereka yang pernah berkahwin sebanyak empat kali itu bakal disemadikan dalam satu upacara persendirian di Monaco. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Thus Article Legenda ‘James Bond’ Meninggal Usia 89 Tahun

Itulah artikel Legenda ‘James Bond’ Meninggal Usia 89 Tahun Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Legenda ‘James Bond’ Meninggal Usia 89 Tahun dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/legenda-james-bond-meninggal-usia-89_24.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Legenda ‘James Bond’ Meninggal Usia 89 Tahun"

Catat Ulasan

Loading...