Loading...

Lelaki Buat Upacara Pengebumian Untuk Ayam

Loading...
Lelaki Buat Upacara Pengebumian Untuk Ayam - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lelaki Buat Upacara Pengebumian Untuk Ayam, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lelaki Buat Upacara Pengebumian Untuk Ayam
link : Lelaki Buat Upacara Pengebumian Untuk Ayam

Baca juga


Lelaki Buat Upacara Pengebumian Untuk Ayam


HARARE – Seorang lelaki di Zimbabwe mengejutkan penduduk kampungnya apabila menjalankan upacara pengebumian untuk ayam peliharaannya yang mati baru-baru ini.

Philemon Murefu, 38, terkenal sebagai pencinta haiwan dan sering dilihat berjalan dengan ayam peliharaannya di bahu dan anjing miliknya yang dipakaikan baju.

Dua minggu lalu, Murefu mengejutkan penduduk kampungnya apabila menjemput mereka dan keluarganya menghadiri upacara pengebumian seekor ayam peliharaannya.

Murefu memberitahu sebuah akhbar tempatan, walaupun penduduk kampung dan keluarganya sendiri kurang bersetuju dengan cadangan berkenaan tetapi dia tetap meneruskan upacara itu.

“Ketika masih kecil, ibu saya sangat menyayangi haiwan dan saya dibesarkan bersama-sama haiwan ini.

“Saya sangat sedih apabila haiwan yang saya pelihara mati, perasaan yang sama apabila kehilangan orang yang saya sayang,” katanya yang tinggal di Mabvuku, 21 kilometer dari ibu kota Harare.

Menurutnya, beberapa penduduk kampung dan keluarganya melarang dia membuat upacara pengebumian serta berkabung atas kematian ayam itu.

“Saya menerima banyak penghinaan daripada orang yang rapat dengan saya terutama keluarga dan rakan yang menuduh saya melakukan sesuatu yang tabu tetapi mereka tidak faham perasaan saya.

“Saya dan beberapa rakan yang menyokong saya membuat upacara berkenaan serta mengebumikan ayam kesayangan di kawasan rumah.

“Kini saya merancang untuk meletakkan batu nesan di kubur ayam peliharaan saya itu,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online


Thus Article Lelaki Buat Upacara Pengebumian Untuk Ayam

Itulah artikel Lelaki Buat Upacara Pengebumian Untuk Ayam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lelaki Buat Upacara Pengebumian Untuk Ayam dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/lelaki-buat-upacara-pengebumian-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lelaki Buat Upacara Pengebumian Untuk Ayam"

Catat Ulasan

Loading...