Loading...
Tajuk : Lelaki Hilang Terjatuh Sungai Semasa Angkat Barang
link : Lelaki Hilang Terjatuh Sungai Semasa Angkat Barang
Lelaki Hilang Terjatuh Sungai Semasa Angkat Barang
Seorang lelaki hilang selepas terjatuh ke dalam sungai semasa mengangkat barang ke atas bot di dermaga Bot Ekpres Sibu-Kapit di sini, petang semalam.
Jurucakap bomba berkata, Pang Chi Song, 36, yang bekerja sebagai buruh kasar dilihat orang ramai terjatuh ke dalam sungai semasa mengangkat barang dari bot ke dermaga itu kira-kira pukul 1.30 petang.
Beliau berkata, pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian itu pada pukul 1.38 petang segera menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.54 petang, bomba mendapati pihak Lembaga Sungai Sarawak bersama beberapa bot penduduk tempatan sudah menjalankan operasi pencarian.
"Perjalanan dari BBP Kapit ke lokasi kejadian walau tidak jauh tetapi menghadapi kesukaran kerana kesesakan jalan raya akibat orang awam meletakkan kenderaan di tepi jalan untuk membeli-belah bagi persiapan menyambut Hari Gawai sehingga menganggu kelancaran perjalanan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, operasi mencari mangsa ditangguhkan pada pukul 4.05 petang kerana hujan lebat. Katanya, mangsa belum ditemukan setakat ini dan operasi SAR akan diteruskan esok.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sc0yW2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Lelaki Hilang Terjatuh Sungai Semasa Angkat Barang
Itulah artikel Lelaki Hilang Terjatuh Sungai Semasa Angkat Barang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Lelaki Hilang Terjatuh Sungai Semasa Angkat Barang dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/lelaki-hilang-terjatuh-sungai-semasa.html
0 Response to "Lelaki Hilang Terjatuh Sungai Semasa Angkat Barang"
Catat Ulasan