Loading...

Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak

Loading...
Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak
link : Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak

Baca juga


Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak


SEKURANG -kurangnya lima terbunuh dalam letupan bom di terminal bas di Kampung Melayu, Jakarta Timur pada lewat Rabu, demikian menurut laporan agensi berita Indonesia, Antara.

Dilaporkan 10 orang awam turut cedera dalam kejadian dua letupan bom, yang berselang lima minit, disyaki kes letupan oleh pengebom bunuh diri pada kira-kira 9 malam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).

Agensi itu melaporkan setakat ini, dua yang terbunuh masing-masing adalah lelaki dan wanita. Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Jatinegara, Jakarta Timur.

Laman tempatan Detik.com melaporkan seorang pegawai polis mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat insiden tersebut. Polis sudah dikerah berada di tempat kejadian.

Maklumat masih tidak jelas tetapi beberapa saksi berkata letupan pertama dan kedua berlaku selang lima hingga 10 minit berdekatan perhentian bas dan tempat letak motosikal.

Pengendali pengangkutan awam bandar raya itu, Transportasi Jakarta, kini melencongkan perjalanan bas dari terminal berkenaan buat sementara waktu.

Polis masih belum mengetahui punca letupan, tetapi beberapa gambar dan video dari tempat kejadian yang tersebar tidak lama selepas itu menunjukkan terdapat cebisan daging manusia.

Malaha bahagian-bahagian tubuh yang terpisah dari badan, termasuklah apa yang kelihatan seperti kepala manusia tercampak di perhentian bas di situ.

Sementara itu Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi Bernama memaklumkan setakat ini, tiada warga Malaysia dikesan menjadi mangsa berikutan insiden berkenaan.

“Setakat ini, kejadian tersebut masih disiasat oleh pihak polis Indonesia,” katanya. Ia dipercayai berlaku dekat tandas yang musnah akibat kedua-dua letupan tersebut.

“Ya terdapat letupan yang berlaku. Kami sedang menyiasat punca letupan itu,” kata Setyo Wasisto, ketua jabatan perhubungan awam polis kepada portal Detik.com.

Jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang memantau perkembangan insiden tersebut dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa terbabit. – mStar Online


Thus Article Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak

Itulah artikel Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/letupan-di-jakarta-timur-anggota-badan_25.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Letupan Di Jakarta Timur, Anggota Badan Berselerak"

Catat Ulasan

Loading...