Tajuk : LHDN Tarik Balik Kes Terhadap Nelydia Senrose
link : LHDN Tarik Balik Kes Terhadap Nelydia Senrose
LHDN Tarik Balik Kes Terhadap Nelydia Senrose
SHAH ALAM – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menarik balik kes terhadap pelakon Nelydia Senrose yang didakwa gagal mengemukakan borang cukai pendapatan.
Majistret P. Sarulatha memutuskan perkara itu selepas peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya memaklumkan bahawa pelakon itu atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, telah pun membuat pembayaran cukai pendapatan.
Sarulatha turut membenarkan permohonan LHDN untuk membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Nelydia pada 12 April lepas kerana gagal hadir ke mahkamah.
Pelakon itu yang mula dikenali menerusi drama ‘Setia Hujung Nyawa’ bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini.
LHDN dalam satu kenyataan sebelum ini, berkata, Nelydia menghadapi lima pertuduhan gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki beliau mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran iaitu bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.
Selain itu, pelakon itu turut menghadapi satu lagi pertuduhan lain iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.
Jika sabit kesalahan, Nelydia boleh dihukum mengikut Seksyen 120(1)(a) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qOr6yQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article LHDN Tarik Balik Kes Terhadap Nelydia Senrose
Anda sedang baca artikel LHDN Tarik Balik Kes Terhadap Nelydia Senrose dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/lhdn-tarik-balik-kes-terhadap-nelydia.html
0 Response to "LHDN Tarik Balik Kes Terhadap Nelydia Senrose"
Catat Ulasan