Loading...

Lima termasuk 'Datuk' didakwa anggotai kumpulan jenayah

Loading...
Lima termasuk 'Datuk' didakwa anggotai kumpulan jenayah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lima termasuk 'Datuk' didakwa anggotai kumpulan jenayah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lima termasuk 'Datuk' didakwa anggotai kumpulan jenayah
link : Lima termasuk 'Datuk' didakwa anggotai kumpulan jenayah

Baca juga


Lima termasuk 'Datuk' didakwa anggotai kumpulan jenayah

GEORGE TOWN: Lima lelaki termasuk seorang bergelar ''Datuk'' hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang, ''Geng 24''.

Tertuduh Lim Boon Hooi, 40, dan Toh Kae Luen, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin dan Hokkien di Mahkamah Sesyen 1 di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Di Mahkamah Sesyen 2, Datuk Koh Thiam Hua, 38, Chan Yi Heng, 22, dan Harry Tan Cheng Yu, 31, turut mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Irwan Suaibon.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua anggota terbabit didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ''Geng 24 Pulau Pinang'' sepanjang 1 Jan 2015 hingga 6 Mei lepas.

Kesemua mereka didakwa mengikut Subseksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah subseksyen yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Kit dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada kesemua tertuduh.

Toh diwakili peguam Muhamad Asri Abdul Hamid, Koh diwakili peguam Mohd Zulfiqri Zakaria dan Chan diwakili peguam S. Raveentharan manakala dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Norsalha dan Irwan menetapkan tarikh sebutan 5 Julai untuk memberi tempoh kepada pihak pendakwaan menfailkan permohonan memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6pMWE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Lima termasuk 'Datuk' didakwa anggotai kumpulan jenayah

Itulah artikel Lima termasuk 'Datuk' didakwa anggotai kumpulan jenayah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lima termasuk 'Datuk' didakwa anggotai kumpulan jenayah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/lima-termasuk-datuk-didakwa-anggotai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lima termasuk 'Datuk' didakwa anggotai kumpulan jenayah"

Catat Ulasan

Loading...