Tajuk : Lipatgandakan Amalan Di Bulan Ramadan
link : Lipatgandakan Amalan Di Bulan Ramadan
Lipatgandakan Amalan Di Bulan Ramadan
KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mahu rakyat yang beragama Islam di negeri ini memanfaatkan dan melipatgandakan amalan dengan kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini.
Katanya, kedatangan bulan yang mulia ini perlu diambil kesempatan oleh rakyat negeri ini dengan menghidupkan amalan di masjid-masjid dan surau-surau.
“Ia selaras dengan prinsip kedua Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu masjid dan surau, Sumber Penyatuan telah menyemarakan lagi wadah memperkukuhkan semangat solidariti yang menjadi teras kepada terciptanya ‘kisah kejayaan’ kebanggaan rakyat,” katanya dalam perutusan sempena kedatangan bulan Ramadan yang disiarkan di laman sosial Facebook miliknya, hari ini.
Ahmad Razif dalam pada itu meminta bulan Ramadan ini dijadikan sebagai panduan untuk melatih diri menjadi insan yang penyabar dan mampu menghadapi setiap permasalahan dengan baik, sesuai dengan tuntutan agama.
“Ramadan disebut juga dengan syahrus shabr kerana pada bulan ini umat Islam dilatih untuk bersabar. Terdapat tiga jenis sabar dalam ibadah puasa iaitu; sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT, sabar dalam meninggalkan yang diharamkan oleh-Nya, dan sabar dalam menghadapi musibah,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqKtiU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Lipatgandakan Amalan Di Bulan Ramadan
Anda sedang baca artikel Lipatgandakan Amalan Di Bulan Ramadan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/lipatgandakan-amalan-di-bulan-ramadan.html
0 Response to "Lipatgandakan Amalan Di Bulan Ramadan"
Catat Ulasan