Tajuk : Makna, Syarat Wajib Dan Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
link : Makna, Syarat Wajib Dan Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
Makna, Syarat Wajib Dan Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
Dari Ibnu Umar r.a. katanya, “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan kepada semua orang Islam, laki-laki, perempuan, orang yang merdeka mahupun hamba, 1 (satu) Sha’ kurma atau gandum.” (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Syarat-syarat bagi Wajib Zakat Fitrah
- Mempunyai lebihan makanan atau harta dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
5 waktu dan masa mengeluarkan zakat fitrah
1. Wajib. Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Afdhal. Sebelum sembahyang Hari Raya.
3. Sunat. Sepanjang bulan Ramadhan.
4. Makruh. Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
5. Haram. Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Untuk mengelakkan suasana yang sibuk dan kesukaran bagi amil-amil dan juga kelalaian bagi pembayar itu sendiri sehingga melepasi waktu afdhal, maka dinasihatkan supaya zakat fitrah dikeluarkan lebih awal, iaitu mulai hari pertama bulan Ramadhan.
Maksud sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, “Maka sesiapa yang mengeluarkan (fitrah) sebelum sembahyang Hari Raya, maka itulah zakat yang diterima, dan sesiapa yang mengeluarkannya sesudah sembahyang Hari raya maka itu hanyalah merupakan sedekah sahaja.“
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Kefardhuan Dan Hukum Mengeluarkan Zakat Fitrah
sumber: zakat-muib
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2shwMPz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Makna, Syarat Wajib Dan Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
Anda sedang baca artikel Makna, Syarat Wajib Dan Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/makna-syarat-wajib-dan-waktu.html
0 Response to "Makna, Syarat Wajib Dan Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah"
Catat Ulasan