Loading...

Malaysia ikat Maghribi

Loading...
Malaysia ikat Maghribi - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Malaysia ikat Maghribi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Malaysia ikat Maghribi
link : Malaysia ikat Maghribi

Baca juga


Malaysia ikat Maghribi



ARKIB : 12/04/2005

TAIF - Skuad bola sepak negara berjaya mengikat Maghribi dengan keputusan seri tanpa jaringan pada saingan Kumpulan D, Sukan Perpaduan Islam di sini, semalam.

Kejayaan mengutip satu mata berharga itu sekaligus mencerahkan peluang Malaysia untuk layak ke suku akhir malah mampu muncul juara kumpulan.

Bagaimanapun Malaysia perlu mengalahkan satu lagi pasukan dalam kumpulan itu, Pakistan sekurang-kurangnya dengan jaringan 3-0 pada malam esok waktu Malaysia.

Pada perlawanan pembukaan kumpulan itu sebelum ini, Maghribi berjaya menewaskan Pakistan dengan 2-0.

Begitu pun kejayaan Malaysia mengikat Maghribi yang pernah layak ke Piala Dunia 1994 dan 1998 tidak dicapai dengan mudah, semalam.

Barisan pemain negara dikerah bekerja keras sepanjang 90 minit permainan dalam usaha mengekang asakan bertubi-tubi pasukan dari negara Utara Afrika itu.

Bagaimanapun kecemerlangan penjaga gol negara, Mohd. Syamsuri Mustapa serta pertahanan yang diketuai Khaironnisam Shahabudin berjaya menafikan setiap percubaan Maghribi.

Hanya di babak pertama, Malaysia memperoleh dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Ia berlaku pada minit ke-30 apabila sepakan sudut Idris Karim tepat singgah ke kaki Lim Chan Yew yang bagaimanapun menyaksikan sepakannya terkena Mohd. Nor Ismail dan bola terkeluar walaupun di depan pintu gol sudah terbuka luas.

Peluang kedua terbaik diperoleh pada lewat babak kedua apabila Ivan Yusof berjaya melorongkan bola kepada Liew Kit Kong yang hanya perlu menolak masuk tetapi sepakannya melambung tinggi. - Utusan

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2s3Ae1g
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Malaysia ikat Maghribi

Itulah artikel Malaysia ikat Maghribi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Malaysia ikat Maghribi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/malaysia-ikat-maghribi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Malaysia ikat Maghribi"

Catat Ulasan

Loading...