Tajuk : Malware Judy Dilaporkan Menjangkiti 36 Juta Peranti Android
link : Malware Judy Dilaporkan Menjangkiti 36 Juta Peranti Android
Malware Judy Dilaporkan Menjangkiti 36 Juta Peranti Android
Perkataan terhangat sejak seminggu lalu ialah malware. Jutaan komputer Windows dijangkiti oleh Wannacry sehingga data pengguna dikunci sehinggalah mereka membayar wang tebusan. Lebih 99% komputer yang diserang oleh Wannacry didapati menggunakan Windows 7. Hari ini sebuah lagi malware baru dilaporkan menjangkiti 36 Juta peranti Android.
Malware Judy ialah malware yang disorokkan di dalam 50 aplikasi yang dimuat turun menerusi Google Play. Selepas dipasang, aplikasi ini akan membuka jalan belakang kepada laman yang mempunyai iklan. Menggunakan kod JavaScript, iklan pada laman ini akan diklik oleh peranti pengguna secara rahsia sekaligus menjana pendapatan kepada pembangun aplikasi. Pemilik peranti langsung tidak menyedari peranti mereka kini menjadi zombie mengklik iklan.
Nama malware ini diambil dari aplikasi Chef Judy : Picnic Lunch Maker yang didapati terawal menggunakan kerentanan ini untuk menjana pendapatan. Pihak Google telahpun dimaklumkan mengenai kewujudan Judy dan telah memadam 50 aplikasi yang didapati menggunakan Judy. Majoriti aplikasi adalah dibangunkan oleh Kiniwini, sebuah syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan.
Kewujudan aplikasi seperti ini ialah penyebab mengapa kami sentiasa berwaspada setiap kali memberikan akses kepada aplikasi “percuma” di Google Play.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2skA3Oa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Malware Judy Dilaporkan Menjangkiti 36 Juta Peranti Android
Anda sedang baca artikel Malware Judy Dilaporkan Menjangkiti 36 Juta Peranti Android dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/malware-judy-dilaporkan-menjangkiti-36.html
0 Response to "Malware Judy Dilaporkan Menjangkiti 36 Juta Peranti Android"
Catat Ulasan