Loading...
Tajuk : Masalah Penduduk Repok Akan Diselesaikan - Huang
link : Masalah Penduduk Repok Akan Diselesaikan - Huang
Masalah Penduduk Repok Akan Diselesaikan - Huang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii berkata kerajaan sedang berusaha untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi masyarakat Repok terutama di kawasan luar bandar.
Memetik laporan Utusan Borneo, Huang berkata masalah tersebut akan diselesaikan secara berperingkat dan dilakukan berdasar kepentingan dan situasi dihadapi masyarakat.
“Ia misi dan matlamat sebenar perjuangan kita. Kita mahu masyarakat mampu menikmati segala bentuk kemudahan dinikmati hasil sokongan padu kepada kerajaan dan kepimpinan Barisan Nasional (BN) selama ini.
“Kita akan berusaha merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar,” katanya
Sementara itu, berikutan aduan dan permohonan daripada penduduk yang berhadapan masalah tekanan air rendah di kawasan DUN Repok, Huang telah mengagih sebanyak 603 tangki air 1Malaysia kepada beberapa kawasan yang menghadapi masalah bekalan air bersih.
“Kita prihatin dengan masalah masyarakat berkaitan perkara ini kerana isu bekalan air memberi banyak tekanan khususnya menjelang musim perayaan.
“Justeru, setelah mendapat kelulusan dan peruntukan untuk mengagih kemudahan tersebut, kita terus menghantarnya kepada masyarakat kerana keperluan ini amat ditunggu-tunggu mereka,” jelas Huang. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qtOVNW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Masalah Penduduk Repok Akan Diselesaikan - Huang
Itulah artikel Masalah Penduduk Repok Akan Diselesaikan - Huang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Masalah Penduduk Repok Akan Diselesaikan - Huang dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/masalah-penduduk-repok-akan.html
0 Response to "Masalah Penduduk Repok Akan Diselesaikan - Huang"
Catat Ulasan