Loading...

Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih

Loading...
Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih
link : Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih

Baca juga


Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih

“TERIMA kasih kerana sudi bantu saya biarpun tiada pertalian darah dan berlainan bangsa,” kata Faizal Hasbullah Alimin, 20, berhubung kisahnya dibantu wanita selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah, Ahad lalu.

Dalam kejadian 11.35 pagi itu, Faizal patah tangan kanan manakala hampir seluruh badan belakangnya luka.

Baca artikel sebelum: Doktor cun tolong mat rempit jadi kecoh di media sosial

Faizal berkata, dia ketika itu dalam perjalanan dari Hulu Langat ke Bentong, bersama abang saudaranya, Muhammad Aizuddin Mohd Sharif, 21, yang menunggang motosikal lain.

Menurutnya, sebaik tiba di laluan berhampiran Genting Sempah, Kawasaki RR150 ditunggangnya tiba-tiba mengalami kerosakan.

“Saya terjatuh di tengah jalan manakala motosikal saya terbabas ke pembahagi jalan,” katanya.

Menurutnya, akibat itu, tulang tangan kanannya terkeluar dari posisi asal manakala hampir seluruh badan dan kaki luka akibat bergesel di atas jalan raya.

“Namun dalam saya menahan sakit, saya ternampak dua kenderaan berhenti di tepi jalan bagi membantu saya. Seorang daripadanya terus mengawal lalu lintas manakala dua lagi membantu menguruskan kecederaan pada tangan saya. Ada dua wanita berbangsa Cina ketika itu dan seorang daripadanya berkemungkinan doktor.

“Dia pada awalnya memeriksa pernafasan dan nadi saya menggunakan alatan perubatan yang dibawanya. Selepasa itu dia kemudian membetulkan posisi tangan saya yang cedera.

“Selain itu wanita terbabit juga meminta abang saudara mencari manisan supaya saya tidak lemah akibat kekurangan gula dalam badan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Faizal, selepas hampir 15 minit menahan sakit, dia kemudian dibawa ke Hospital Bentong menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Alhamdulillah saya selamat tiba di hospital. Malah saya kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) keesokan harinya,” katanya.

Faizal berkata, biarpun kejadian terbabit sudah berlalu hampir empat hari, namun hatinya masih tersentuh dengan keprihatinan wanita terbabit.

“Selalunya penunggang motosikal ini orang akan anggap ‘mat rempit’, namun bila saya melihat kesungguhan wanita terbabit, saya tidak nampak pandangan prejudis itu.

“Kalau boleh saya mahu jumpa doktor terbabit dan ucap terima kasih kepadanya,” katanya.

Gambar Faizal dibantu wanita terbabit menjadi tular selepas Muhammad Aizuddin memuat naik gambar terbabit di Facebook (FB), Isnin lalu.

Gambar terbabit menerima 4,000 ‘likes’ dan hampir 700 perkongsian oleh pengguna FB.

Malah kebanyakan pengguna FB memuji tindakan wanita terbabit yang membantu Faizal biarpun tiada pertalian darah dan berlainan bangsa.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qc8bPB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih

Itulah artikel Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/mat-rempit-ditolong-doktor-cun-mahu_24.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih"

Catat Ulasan

Loading...