Loading...
Tajuk : Minta SPRM siasat kerugian PROTON
link : Minta SPRM siasat kerugian PROTON
Minta SPRM siasat kerugian PROTON
PUTRAJAYA: Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menggesa siasatan punca kerugian luar biasa PROTON disegerakan.
Presiden, Ramesh Rao, berkata laporan kewangan PROTON menunjukkan bahawa sebelum 2011, rizab PROTON berjumlah RM4.8 bilion manakala selepas dijual kepada DRB Hicom, ia susut kepada RM1.8 bilion.
Beliau mendakwa, sejak 1983 pihak PROTON didapati melakukan pembaziran dengan membelanjakan sebanyak RM18 bilion
bagi menjalankan kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D).
"Jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan PROTON ini adalah sangat tinggi termasuk dana yang diberikan kerajaan dan SPRM perlu siasat pihak mana yang seharusnya bertanggungjawab memantau perbelanjaan PROTON," katanya di sini.
Seramai enam ahli PMSP selain beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain turut hadir bagi menyerahkan memorandum terbabit.
Ramesh berkata, pihaknya juga menyertakan beberapa dokumen yang diperoleh daripada pautan yang terdapat di internet untuk diserahkan kepada SPRM sebagai bukti.
Beliau berpendapat, pihak kerajaan perlu menyiasat dan membersihkan PROTON terlebih dahulu sebelum menerima pelabur baharu dari China bagi mengelak berlaku masalah pada masa hadapan.-BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r6Ei2b
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Minta SPRM siasat kerugian PROTON
Itulah artikel Minta SPRM siasat kerugian PROTON Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Minta SPRM siasat kerugian PROTON dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/minta-sprm-siasat-kerugian-proton.html
0 Response to "Minta SPRM siasat kerugian PROTON"
Catat Ulasan